Google Gagal Memberikan Diskripsi Tepat Mengenainya
Berjaya dikesan oleh Amit, Google gagal memberikan diskripsi yang tepat mengenai dirinya, apabila anda menaip kata kunci Google di enjin carian Google. Ironiknya, pesaingnya iaitu Yahoo! and Live Search, memberikan diskripsi yang benar bagi Google dalam enjin carian mereka.

Sehari sebelum itu, diskripsinya adalah:
“Search and browse mail-order catalogs online. Focuses on standard US mail-order product catalogs which have prices printed in them and are designed to help …”
Tetapi hari ini, ianya telah ditukar kepada the Doodle 4 Google. Masih salah.
Carian Google di Yahoo!:

Yahoo! shortcut menyatakan:
“You could go to Google. Or you could stay here and get straight to your answers.”
Ianya menjadikan satu bahan gurauan dan menyebabkan Google bertambah malu.
Carian Google di Live Search:

Gambar dibawah menunjukkan bahawa Google lebih mengetahui mengenai Yahoo dan Live Search berbanding dirinya (krisis identiti atau suka jaga tepi kain orang?):


Google mengesan mengenai amaran malware dan telah membaikinya kurang dari setengah jam, tetapi perkara ini telah berlarutan sehingga sehari tanpa sebarang tindakan sewajarnya. Walaupun tiada orang yang mahu mencari Google untuk Google, tetapi jika ada yang melakukannya pasti ianya sesuatu yang memalukan.
Leave a Reply