Kebiasaannya, tinggal dua atau sebulan lagi sebelum akhir tahun, akan bermulalah sesi sebaran umum yang tak boleh pakai atau andaian berkenaan pulangan yang bakal diterima dalam pelaburan terbesar bagi golongan bumiputera iaitu ASB (Amanah Saham Bumiputera). Masa ni, memang macam-macam teori yang akan keluar. Sama ada boleh pakai atau tak.
Ada yang siap bagi analisa dan senario berkenaan ekonomi semasa dan politik semasa. Memang habis konkrit lah analisa tu. Dah boleh sama level dengan pakar kewangan dan kadang-kadang aku wonder gak dia ni memang betul-betul pakar kewangan ke? Memang salute la orang yang jenis macam ni sebab rajin untuk buat analisa.
“Eh.. dalam ASB aku ada RM40K sial. Berapa aku punya dividen tahun ni kalau betul si Pian tu kata tahun ni dividen 9% dan bonus 1.5%?”
“Alamak! Aku baru amik loan ASB RM200K bulan 4 hari tu. Berapa banyak aku punya dividen nih? Aku dah tak sabar nak belikan si Mariam barang hantaran dengan duit dividen. Aku tak sabar nak tahu tapi aku tak tahu nak kira macam mana. Sial sungguh!”
Bila dah tamak dalam kepala asyik nak tahu berapa habuan dapat sebab gatal dengar rumours yang tak boleh pakai dan was-was kebenaran tetapi berharap menjadi kenyataan, mula la jari tu click laman web Google dan keyword yang biasa akan kamu taip dekat enjin carian En. Google bagi para pelabur di Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah berkenaan ‘cara pengiraan dividen dan bonus asb’. Memang hits ni akan mencanak naik untuk tempoh 4 bulan dalam masa ni.
Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut;
Dividen
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen
Bonus
Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus
“Erk.. lu boleh bagi beberapa contoh tak macam mana pengiraan ni di buat dari pelbagai segi contoh kalau ada banyak buat transaksi keluar masuk, baru mula melabur pada suatu tempoh dan lain-lain la yang perlu lu rasa penting bagi aku ni nak faham”
Dalam hal ni, aku akan bagi 3 contoh dalam membuat pengiraan dividen dan bonus bagi ASB. Kamu boleh tengok hasil pengiraan dalam jadual dekat bawah ni.
Nilai Simpanan Berubah
Kalau kamu tengok dekat atas tu, itu adalah situasi biasa bagi akaun ASB yang jenis aktivitinya sentiasa ada duit keluar masuk. Jadi masa bila kita nak kira baki minimum adalah ditunjukkan seperti di atas.
Nilai Simpanan Tetap
Yang ni pada pelabur yang sentiasa buat simpanan secara tetap. Maksudnya ada masukkan sejumlah wang ke dalam akaun ASB secara tetap pada setiap bulan.
Nilai Simpanan Separa
Kes yang ni biasanya berlaku pada pelabur yang ambil simpanan ASB secara pinjaman. Jadi kamu boleh nampak berapa yang kamu akan dapat bila kamu buat simpanan yang bermula dari bulan 6.
Kesimpulannya, cara pengiraan dividen simpanan di PNB secara dasarnya adalah sama bagi simpanan yang bernilai tetap macam ASW2020, ASD, ASM dan AS1M mengikut tahun kewangan berakhir bagi setiap dana tu. Cumanya bonus tak ada la. Untuk dana yang nilainya berubah-ubah, aku belum study lagi sebab belum buka buku. He!




macam mana nak kira purata baki minimum tahunan bro?