Dana Amanah Saham Malaysia (ASM) dilancarkan pada 20 April 2000. Objektif dana ini adalah untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.
Nilai ekuiti dana bagi belian dan jualan adalah tetap iaitu bernilai RM1 per unit. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya. Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah tidak terhad bergantung kepada saiz dana tabungan bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan ke bawah. Dana ini juga terbuka kepada semua kaum untuk dilanggan.
Saiz tabungan bagi ASM ini terhad sebanyak 13 bilion unit manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 March setiap tahun. Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis, dana ini sudah habis dilanggan oleh para pelabur.

