Dana Amanah Saham Nasional 3 (ASN3) dilancarkan pada 16 oktober 2001. Dana ini terbuka untuk dimiliki oleh pelbagai kaum di Malaysia. Objektif pelaburan dana ini adalah untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang menerusi pelaburan dalam portfolio yang seimbang dan melalui pelaburan semula pengagihan pendapatan, sekiranya ada
Nilai ekuiti dana bersifat pertumbuhan ini bagi belian dan jualan adalah tidak berdasarkan harga pasaran iaitu berasaskan kepada NAV (Net Asset Value). Kadar pulangan pula ketika pengumuman dividen pula berpotensi untuk menjana keuntungan atau kerugian berdasarkan NAV. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya.
Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah tidak terhad bergantung kepada saiz dana tabungan bagi yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Saiz tabungan bagi ASN3 ini terhad sebanyak 1 bilion unit manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 30 November setiap tahun. Dana ini boleh dilaburkan melalui KWSP oelh pencarum KWSP.

