May 20, 2012

Sejarah Kadar Dividen Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020)

Dana Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) dilancarkan pada 28 Ogos 1996 bersempena dengan Visi 2020 yang diilhamkan serta dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Objektif dana ini adalah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.

Nilai ekuiti dana bagi belian dan jualan adalah tetap iaitu bernilai RM1  per unit. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya. Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah tidak terhad bergantung kepada saiz dana tabungan bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan ke bawah. Dana ini juga terbuka kepada semua kaum untuk dilanggan.

Saiz tabungan bagi ASW2020 ini terhad sebanyak 14 bilion unit manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 Ogos setiap tahun. Dana ini juga membenarkan pencarum KWSP melabur menggunakan simpanan KWSP yang dimilikinya.

Speak Your Mind

*