Era aku mengenali Internet bermula seawal tahun 1999 walaupun sejarah awal Internet dekat Malaysia secara komersil bermula seawal tahun 1992. Zaman ni rata-rata pelajar sekolah macam aku ni memang gila dengan internet untuk 1 tujuan – mIRC. Mana ada lagi Yahoo Messenger atau Skype ataupun Google Talk. Masa ni kalau kamu dah dapat simbol +v memang dah cukup hebat. Lagi hebat kalau kamu dapat title AOP atau SOP. Usually benda ni akan terjadi untuk kroni atau awek yang kamu cuba nak tackle. Kamu yang sezaman dengan aku pasti tahu benda ni semua. Don’t deny it u fakka!
Nak subscribe internet connection waktu internet tu memang tahap babi punya mahal. Lebih tragis sistem masa tu gunakan dial-up modem yang dikenakan charge per minute akan gagal kalau kamu cuba guna internet tengah malam sebab bunyi dial-up yang bising. Masa ni, memang akan kena maki hamun la dengan ayahanda mahupun bonda aku. Ini realiti yang aku kena hadapi sebelum wujud era broadband atau Wimax sekarang ni. Memang shit btul waktu tu. Sebab tu kebanyakkan tuan kedai cybercafe masa tu tak perlu risau sebab by the end of month memang melepuk income yang akan dapat hasil perahan duit belanja daripada budak-budak sekolah macam aku ni.
“Hooked on Internet? Help is a just a click away.” – Unknown
Quote dekat atas tu memang betul apa yang dikatakan. Dengan internet, tak ada yang mustahil untuk kamu lakukan. Sekalipun untuk sesuatu benda yang sangat sensitif mahupun taboo untuk diperkatakan. It’s all there for you to explore and search it. Internet dah jadi satu perkara norm dalam hidup paska milenia sekarang ni dengan dekat US sahaja pengguna internet berjumlah 266,224,500 dan di Asia 825,094,396. Dikatakan pengguna internet di seluruh dunia berjumlah 1,966,514,816 dan semakin berkembang setiap hari.
Here i list down 10 websites yang banyak memberi pengaruh kepada kehidupan seharian secara langsung atau tidak sejak era internet diperkenalkan secara komersial pada tahun 1992 dan menjadi sangat terkenal dan terkesan pada kita.
10. Craigslist – Merubah Cara Pengiklanan

Ini adalah merupakan laman web pertama yang menggunakan kaedah classified ads sebagai medium dalam melakukan pengiklanan. Lazim macam yang kamu tahu, banyak benda yang kamu boleh iklankan untuk dilihat oleh orang ramai. Lazim seperti laman web yang lain tidak akan terkecuali daripada spammer. Laman web ini menawarkan perkhidmatan untuk melaporkan spammer dan sering menunjukkan suatu halaman amaran yang menjelaskan bagaimana scammer berkerja dan perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan laman web ini.
9. Geocities - Merubah Cara Berhubung

Kalau kamu ingat, ini merupakan laman web pertama yang menyediakan perkhidmatan free web hosting kepada para pengendali laman web. Antara keistimewaannya adalah menyediakan feature yang mudah bagi pembina laman web untuk menyediakan laman web walaupun kamu seorang yang buat IT on that time.
Geocities wujud pada tahun 1994 dengan dikenali pada awal sebagai BHI (Beverly Hills Internet) merupakan sebuah syarikat kecil dalam hal web hosting berpangkalan di California Selatan. Ideanya bermula dengan menyediakan web hosting percuma pada sekitar penduduk tempatan dan berkembang kepada seluruh dunia setahun kemudian.
Website ni dah tak wujud di US dan Kanada pada masa ini tetapi masih lagi wujud di Jepun. Syarikat ini di beli oleh Yahoo selepas 10 tahun era kegemilangan yang dikenali sebagai bebuih dot com (dot com bubbles), di khabarkan sebanyak 38 juta webpages ditutup. This is madness dude!
8. Blogger – Merubah Cara Berblogging

Laman di tak perlu diperkenalkan kerana populariti serta fungsinya yang merubah sistem blogging dan masih lagi bertahan sehingga kini semenjak diwujudkan pada tahun 1999. Walaupun banyak laman web lain seperti WordPress, LiveJournal, TypePad atau laman blog yang lain perlu diberikan kredit atas usaha ini, namun Blogger tetap mendapat tempat di hati para blogger. Di senaraikan pada #8 di Alexa page rank, dianggarkan sekitar 338 juta patah perkataan di terbitkan setiap hari. This is what we called as a blogging revolution!
7. Pandora – Merubah Cara Mendengar Muzik

Pandora merupakan laman web pertama yang menyediakan perkhidmatan mendengar muzik secara dalam talian (online) ketika kamu sedang melayari internet. Sistem yang ditawarkan adalah dengan memainkan muzik yang sealiran dengan muzik yang kamu senaraikan di dalam senarai kegemaran dan merupakan laman web pertama yang memperkenalkan serta meningkatkan kewujudan band-band yang baru.
6. Facebook – Merubah Cara Bersosial

Kita bermula dengan surat, telefon, pager, handphone, sms, chatroom. Apa lagi nak kata dengan laman web ni? Meskipun ini merupakan bukan laman web sosial yang pertama dibina, namun popularitinya telah pawned laman web sosial yang terdahulu seperti Friendster dan Myspace. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg dan 6 tahun kemudian menarik minat lebih dari 500 juta peminat dari pelbagai lapisan golongan sosialis.
5. Wikipedia – Merubah Cara Belajar / Selidik

Wikipedia dah jadi lumrah kepada orang ramai terutamanya pelajar universiti untuk mendapatkan source yang berkaitan dengan assignment ataupun thesis. What? Tak nak ngaku? Kamu memang loser kalau taknak ngaku perkara yang kamu dah lakukan. Sebelum ni memang jenuh la nak cari buku dekat library and take notes yang penting dalam buku tu. Pada 16 April 2010, dilaporkan sebanyak 1 billion aktiviti edit artikel berjumlah 3,410,052 telah dilakukan dan di senaraikan pada #7 di Alexa.
4. Amazon – Merubah Cara Jualan

Laman web yang wujud sejak tahun 1995 di Seattle ini merupakan sebuah konsep seperti shopping kompleks dimana segala bentuk barangan yang boleh diperolehi dengan mudah. Sungai Amazon yang dikenali merupakan sebatang sungai yang besar dan panjang juga mengadaptasikan ciri-ciri ini merupakan sebuah pasaraya dalam talian terbesar. Menariknya laman web ini berkembang daripada menerima tempahan dan menghantar produk makanan kepada pelanggan.
3. Youtube – Merubah Cara Hiburan Seharian

Laman web ini wujud pada Februari 2005 bagi menyelesaikan masalah bandwidth yang dihadapi oleh pengemar video ketika mengupload ke laman web masing-masing. Laman web yang sudah beroperasi hampir 5 tahun ini menarik minat orang ramai untuk berkongsi maklumat atau video yang dimiliki kepada orang ramai dan kini disenaraikan pada kedudukan #3 di Alexa. Honestly as told by my friend, budak-budak tak perlu dah kut nak pergi sekolah sebab macam-macam benda kamu boleh jumpa dekat sini. Memang awesome sungguh!
2. Ebay – Merubah Cara Kita Menjual dan Membeli

Ebay merupakan pesaing kepada Amazon. Namun begitu idea yang menarik di sebalik Ebay merupakan konsep dimana kamu boleh melakukan bidaan mengikut masa yang ditentukan oleh penjual. Menarik lagi, barangan yang kamu dapat beli pada kebiasaannya lebih murah daripada harga di pasaran dan kadang kala barangan yang kamu miliki tersebut tidak di jual di mana-mana pasaraya.
1. Google – Merubah Segala Bentuk Pandangan

Laman web ni dah tak perlu diperkenalkan kut. Semua kenal dan tahu apa itu Google. Bermula dengan hanya sebuah komputer dan beroperasi di dalam garaj, kini ianya merupakan sebuah firma syarikat yang terbesar di dunia yang memiliki beberapa laman web terkemuka seperti Youtube dan Blogger. Google juga telah menghasilkan internet browser nya tersendiri dikenali sebagai Chrome.

bro. memang kita sezaman laa. sop, aop, psybnc, eggdrop semua tu jadi permainan zaman 56k dulu.
@hafiz
akaka! pysbnc and eggdrop kalau dah tahu zaman tu, boleh panggil dewa beb!