May 20, 2012

10 Manusia Terkenal Yang Sebenarnya Tak Pernah Wujud

To all kaki prank, suka buat cerita urban legends by using pseudonyms or verbals method, aku memang nak salute Nazi sama kamu. Aku nak tunduk hormat kepada kamu semua ni. Memang good job! Eh, apa dah buang tebiat ke aku buat macam ni? Bukan, bukan. Ini sungguh-sungguh punya kekaguman yang aku ada terhadap golongan ni sebab cara dia orang buat cerita memang genius!

Disebabkan idea kreatif daripada golongan storyteller ni, maka muncul la beberapa individu yang secara harfiahnya memang tak pernah wujud secara fizikal, zahir apatah lagi batin tapi individu” ni tersangat la terkenal. Yup! No birth of certificate, no identification card or what so ever you can name it to prove this fellas exist.

Ada antara cerita yang direka bertujuan untuk marketing strategy, hanya sekadar untuk buat kekecohan, ada lak just for giving some people butthurt for encouraging them untuk explore ke benua Asia. Disebabkan perangai lahanat tapi kreatif ni, cerita yang dibawa menjadi misteri for itself yang menyebabkan ianya menjadi popular. You rules! LOL! Jadi dekat bawah ni aku list down cerita individu yang famous tapi sebenarnya memang tak wujud.

10. Masal Bugoluv

Few years back, heboh diperkatakan di dalam blog dan forum ada seorang atlet berumur 16 tahun di negara Moldova yang dikatakan terlalu super berbakat dalam sukan bolasepak di posisi penyerang telah mewakili negaranya ketika berusia 16 tahun. As usually, media main stream yang terkenal cepat untuk memaparkan berita yang tidak pernah diperiksa kesohihan faktanya telah menyiarkan hal ini. Laman web Goal.com telah menyiarkan berita ini dan pada awal Januari 2009, suratkhabar Times telah menyiarkan berita terbabit dan melabel Bugolov sebagai “Moldova’s finest” dan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arsenal.

Neil McDonnell merupakan seorang blogger sukan mula melakukan siasatan mencari kebenaran ketika isu ini semakin panas dan mendapati bahawa Bugolov ini sebenarnya tidak wujud! Lebih menarik, berita ini telah dilakukan oleh Irishman yang sememangnya tensi dengan berita yang digembar gemburkan oleh suratkhabar berkenaan rumors musim perpindahan  pemain bolasepak. To test his theory yang memang mengatakan media memang sampah dalam hal cari kebenaran fakta, mamat ni telah buat eksperimen dengan mereka fakta tak sohih di Wikipedia, blog posts, serta laporan palsu berkenaan pemain yang dicipta kepada Press Association. LMAO! Memang gila babi kena pawned! Good job sir!

9. Pierre Bressau

Dalam dunia kesenian moden, ada sesetengah hasil karya yang kemungkinan kita akan bersikap skeptikal dan berkata ‘sesiapa pun mampu untuk menghasilkan seperti itu’. Untuk membuktikan teori ini yang menjadi terkenal sekitar tahun 1964, Dacke Axelsson telah membuat suatu ujikaji dimana telah mempamerkan sebahagian karya lukisan terbaik yang dilukis oleh Peter – seekor cipanzi di zoo tempatan – di pameran lukisan Gothernburg, Sweden dengan menggunakan nama seorang pelukis Perancis yang tidak dikenali sebagai Pierre Bressau. Karya yang dilukis mendapat pujian dan inspirasi pelukis muda serta dikatakan sebuah artikel telah ditulis dengan memberikan frasa berikut “an artist who performs with the delicacy of a ballet dancer.” Menariknya semasa pendedahan siapa sebenar pelukisnya, tiada seorang pun pengkritik yang menarik kembali pujian yang diberikan. Malahan Rolf Anderberg, peminat dan pemuji Pierre Bressau pada peringkat awal tetap memuji lukisan terbabit meskipun telah mengetahui kebenaran. Memang bizarro la cipanzi ni.

8.  David Manning

Eksekutif pemasaran Sony telah mereka David Manning, seorang pengkritik filem di syarikat Ridgefield Press untuk memberi review yang baik serta menarik bagi filem yang dikeluarkan oleh mereka iaitu The Animal dan Hollow Man pada tahun 2000. Walhal filem ni memang teruk nak mampus. Filem yang sememangnya gagal. Manning juga telah tersenarai di antara pengkritik filem yang terburuk di Amerika. Rahsia ini terbongkar apabila Newsweek cuba menghubungi Manning dengan menelefon ke syarikatnya, sebuah syarikat kecil di Connecticut namun dimaklumkan individu terbabit tidak wujud. This tragedy episode become a horrified to Sony marketing division and they had to pay USD1.5 million terhadap 2 penonton pawagam di California yang menyaman mereka sebab terpaksa melihat filem yang tak sepatutnya dilihat kerana tertarik dengan review yang dikeluarkan. HOORAH! Tengok filem macam tahi terus dapat 1.5million woit! Kalau saman Dr Romzey rasa-rasa dapat berapa hah?

7. Allegra Coleman

Martha Sherrill merupakan seorang journalist, berjaya mencipta Allerga Coleman sememangnya tidak wujud yang menjadi kekecohan media dan industri fashion serta glamour pada tahun 1996 apabila beliau menulis sebuah artikel kepada majalah Esquire dengan menyatakan bahawa Coleman bakal menjadi Gadis Idaman Seterusnya Di Hollywood, dengan menggunakan Ali Larter pada tika itu memang tak terkenal lagi untuk pose di magazine cover. Artikel yang ditulis penuh dengan input yang klise seperti artis lain contohnya menentang paparazzi berkenaan gambar bogel dan juga hubungan intim bersama David Schwimmer yang menyebabkan berita hangat lagi bombastik di majalah gosip. Sungguh cerdik dia ni. Bila si Martha ni dah puas memperbodohkan American serta bermain dan start to revealed the fact, publicists and agents were still frantically trying to sign Allegra Coleman to their agencies, and the whole episode ended up jumpstarting Ali Larter’s acting care.  Memang beruntung la kau!

6. Sidd Finch

Another sport hoax. This time George Plimpton seorang journalist sudah mencipta hoax pada tahun 1985 apabila menerbitkan artikel di Sports Illustrated secara terperinci munculnya seorang bintang pembaling (pitcher) yang tidak dikenali dipanggil sebagai Hayden “Sidd” Finch. Ianya bermula apabila Finch yang berumur 28 tahun yang belajar di Harvard telah membuat lontaran menakjubkan selaju 168 mph dan kemudiannya telah menandatangani menyertai New York Mets. Artikel itu juga menyertakan gambar Sidd Finch bermain dengan cikgu sekolah menengah bernama Joe Berton, keluar bersama pemain Mets yang lain seperti Lenny Dykstra dan berbincang bersama jurulatih Mel Stottlemyre. Sports Illustrated menerima 2000 pucuk surat berkenaan cerita terbabit yang tidak mempercayai cerita terbabit selepas majalah terbabit menyatakan Finch telah membuat sidang akhbar mengumumkan persaraannya. Lebih kick ass artikel yang dibuat oleh Plimpton ni dibuat sempena April Fool’s Day. Memang kena kencing 1 Amerika dengan mamat ni. BWAHAHAHA!!

5. Pope Joan

Pope Joan merupakan paderi yang terkenal among the scholars believe tapi sayangnya he didn’t exist yo! Dikatakan paderi ni pernah berkhidmat dengan Pontiff sekitar853 hingga 855 selepas Masihi. Kurun 13 memberi gambaran awal kewujudan Joan yang tertulis pada Dominican Friar yang dipanggil Jean De Mailly. Untuk sekian kurun ia menjadi terkenal dan menjadi lagenda di Eropah. Ceritanya terdapat pelbagai versi namun yang terkenal menyatakan bahawa dirinya adalah seorang wanita bijak  yang mengisytiharkan dirinya sebagai lelaki serta menjadi terkenal di gereja Katolik seterusnya di angkat menjadi Pope. Hayatnya berakhir dikatakan ketika menunggang kuda, kemudian jatuh sakit dan melahirkan bayi. Ada pelbagai versi berkenaan hal kematiannya. Kewujudannya telah ditolak sama sekali oleh ahli sejarahwan berdasarkan bukti yang diperolehi adalah mencukupi namun begitu ianya terus diterima oleh pengikutnya seperti Boccaccio sehingga beratus tahun dan akhirnya pada 1601, Pope Clement Ke Tujuh secara rasmi mengeluarkan fatwa menafikan kebenaran cerita terbabit. LOL! Who said only in Islam especially in Malay community we had fake prophet?

4. lonelygirl15

Bila dah ada internet, lagi senang nak buat hoax dan contoh terbaik adalah dalam kes lonelygirl15 yang terkenal. Nama ini merujuk kepada username di Youtube dibawah pemilik yang berumur 16 tahun bernama Bree dimana memulakan memuat naik vblog (video blog) pada tahun 2006. Pada mula ianya hanya sekitar video biasa bagi pelajar sekolah yang biasa yang kebosanan dengan tempat tinggalnya yang kemudiannya menjadi terkenal di Youtube. Selepas beberapa siri video klip yang disiarkan, peminat mula mengesyaki sama ada video yang ditayangkan adalah sekadar hoax. Beberapa laman web dan forum mula membincangkan perkara ini dan detektif amatur yang tak dibayar dan willing to do this thing untuk mencari kebenaran. Finally, Bree yang dikatakan merupakan Jessica Rose berumur 19 tahun dimana akaun Youtube-nya telah dijadikan scripted media hoax secara berhati-hati untuk di masukkan ke dalam rancangan television. Video ini menjadi suatu fenomena budaya dan rancangan ini continued for further two years dan watak Bree yang disangka oleh penontonnya adalah wujud telah dimatikan pada tahun 2007. Insane sungguh!

3. Tony Clifton

Pak Lawak Andy Kaufman terkenal dengan kepelbagaian dalam persembahan jenakanya. Salah satu watak yang terkenal diciptanya adalah Tony Clifton yang sering menjadi pembuka tirai dalam acara komedi Kaufman.  Dengan suara yang maha teruk, pelupa lirik serta sikap yang memang celaka yang selari dengan penghibur tua ganyut tak sedar diri di Vegas, Clifton menjadi waktak yang sangat terkenal. Kaufman telah mati pada tahun 1984 tanpa mendedahkan siapakah sebenarnya yang menjadi Clifton. Sepanjang pembabitan, Clifton pernah dijemput ke talk show Encik Surat Lelaki (David Letterman) dan juga Dinah Shore’s talk show. Dia juga pernah dihalau daripada sitcom Taxi kerana kebiadaban apabila dijemput sebagai special guest. Memang terlalu menjiwai watak! Split persona tuh!

2. Alan Smithee

Pengarah Alam Smithee mempunyai sejarah karier pelbagai yang sangat awesome daripada seorang director films, cartoons and also music videos. Dia merupakan most prolific filmmakers tetapi sayangnya, manusia ni memang tak pernah wujud. Apa kejadahnya jadi macam ni pun tak tahu. Famous tapi tak wujud. Sejak 1968, mana-mana pengarah yang tidak mahu namanya tersenarai sebagai kredit di dalam filem harus menggunakan nama Alan Smithee sebagai penulis. Mamat ni pertama kalinya memburuh dibawah majikan Don Siegel dalam filem Death of a Gunfighter, and it’s since been used whenever a director feels that their creative control over a film project has been compromised to the extent that the final product is no longer their work. Sehingga kini, terdapat 73 nama dibawahnya di kreditkan yang berjaya direkod di laman web Internet Movie Database termasuk rancangan seperti Hellraiser : Boodline dan Solar Crisis manakala projek rancangan television pula seperti The Cosby Show dan MacGyver. Namanya mula dilupakan secara rasmi when The Director’s Guild of America after release of a film called An Alan Smithee Film : Burn Hollywood Burn pada akhir tahun 1990. Good job there! Asyik nak kena bayang orang je walhal kita memburuh sampai nak mati. Nama orang lain yang naik.

1. Prester John

Prester John merupakan raja mitos yang dipercayai bertindak menyebarkan dogma dan ajaran Kristian di Asia dengan jayanya. Lagendanya bermula pada kurun ke 12 apabila ianya menjadi sebahagian daripada kisah pengembaraan, berkenaan pengembangan ajaran Kristian dan juga kejayaan Alexander The Great. Kerajaan Prester John menjadi sangat digeruni sekitar 1165, dimana surat yang ditulis oleh beliau telah merebak ke seluruh Eropah. Menurut sumber, dikatakan bahawa Prester John merupakan keturunan daripada salah seorang Three Wise Men. Kerajaan beliau suspected to be in India or Middle East memperlihatkan kepada Eropah the time as a shining light of civilization in a region yang dikatakan penuh dengan keganasan. Para sejarawan berjaya membuktikan bahawa tiada bukti yang kukuh menyatakan bahawa Prester John ini wujud yang diperkatakan berlandaskan lagenda yang wujud beratus tahun serta pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Genghis Khan. Menariknya, niat Meggellan untuk berlayar untuk mencari tanah baru juga turut disertakan harapan bahawa akan bertemu dengan pemerintah lagenda ini.

Comments

  1. thanks for sharing, never ever heard about all these ppl.

  2. wedelia ryo says:

    nice..keep up..=)

  3. zeeleey says:

    menarik nih! mana ko dapat..aaa!!

  4. Haz says:

    senang ye media percaya…

  5. jue says:

    mudah nya kita ditipu.. kehkeh

  6. shakroil says:

    memang best! dan tertipu! hehe

  7. rokha0la says:

    info yang best! teruskan buat entry seperti ini..

  8. Bean Moreno says:

    fakta yang best

Speak Your Mind

*