Hai semua! Apa khabar kamu hendaknya? Dah makan ubat tapi masih lagi tak sihat? Sila dengan segera bertaubat dan buat tempahan lubang kubur berserta dengan wasiat supaya senang waris kamu tak butthurt di antara satu sama lain sebab berebutkan harta. Especially for those yang kahwin dua tapi both of your wives tak tahu pun masing-masing kena kencing dan hidup bermadu. Memang licik perangai kamu. Good job you fucker! Apa? Belum kawin lagi? Kalau belum kawin, sila pesan dekat mak ayah untuk keluarkan segala duit dalam akaun bank kamu untuk bayar hutang dan beli persiapan untuk kafankan kamu. Jangan nak dan dah mati pun nak nyusahkan mak ayah kamu, tahu!
Kali ni aku nak bersurah berkenaan dilusi. Pada sesiapa yang tak faham Bahasa Melayu yang merupakan bahasa dievolusikan daripada campuran pelbagai bahasa kerana tiada identiti tersendiri, mungkin kamu lebih selesa dan faham jika di dalam bahasa seantero dunia dipanggil DELUSION. Pernah tak kamu at one time tiba-tiba mengalami delusional disorder tak kisah la tahap kronik stage ke berapa atau pun berkenaan apa yang di-dilusi-kan? Pernah? Good. Maknanya aku ni sama macam kamu semua, masih lagi manusia yang normal dan bukannya tergolong dalam keluarga Homo Sapiens.
Apa aku alami ni sewajarnya kalau kamu baca memang nak bagi pelempang. Kurang-kurang penerajang. Tahap kamu nak carut dan baling kerusi pun ada gak. Ok, itu kejam sangat. Kasihan sikit dekat aku. Masih bujang dan belum merasa salah satu nikmat dunia yang halal diberikan oleh tuhan. Ini memang mengada nak mampus. Back to topic, Masa zaman sekolah aku ni memang aktif bersukan. Waktu tu memang badan aku kurus kerempeng. Makan macam puaka pun tetap rasa lapar tapi badan tetap tak naik. Senang cerita BMI aku waktu tu bukan paras normal. Bila dah under weight, determination untuk tambah berat tu memang ada. Jadi apa aku buat adalah makan dengan banyak. Siap tengah malam pukul 12 pun aku boleh bantai 2 pinggan nasi. Bila dah makan banyak, aku raba badan sendiri dan tengok dekat cermin terasa macam dah gemuk tapi bila berdiri dekat weighing scale still sama. What the fuck! Memang buat moral jadi down sampai la masa aku diploma second year.
Masa ni cuti semester dan waktu tu fasting month. Aku ingat lagi. Mana boleh lupa bai. Jadi mungkin tuhan dah fed-up dengan wish yang aku nak, Dia sudah makbulkan permintaan aku. But this time bukan sikit punya tambah tapi dalam bentuk satu hukuman sebab berat aku bertambah sebanyak 10kg! Oh shit! Mana datang berat sekampit beras ni? Bila fikir balik baru teringat. Mana taknya, lepas iftar aku terbungkang, lepas sahur aku boleh tarik selimut balik. Perangai memang syaitan tak pernah nak ke surau. Tambah waktu raya. Memang terbaik dari ladang dol.
“Hoi! apsal kembang gila? Apa yang ko makan ni? Jangan kata ko makan dedak lak. Cuti baru sebulan setengah badan macam dah anak badak je”
Itu la benda yang aku kena tabur bila balik dari cuti. Binawe punya kawan-kawan. Bila tanya apsal banyak tanya, concern dan terkejut jawapannya. Kepala bana dia concern. Aku tau la kamu nak kutuk aku. In fact, aku cuba deny what my friends said tapi lagi aku cuba deny lagi annoying aku dengar. On that time, aku rasa kena buat sesuatu tapi semua benda tu jadi tahi je sebab aku tak pernah berusaha untuk kuruskan badan. Lagi bertambah lemak ada la until last year. Ok. Aku ngaku. Dubur aku rasa melecet sebab sudah kena bising dengan yang tersayang dan atas inisiatif, aku mulakan operasi menguruskan badan. Siap dapat inspirasi dalam tv show The Biggest Loser weh! Apa ada hal. The things is, dilusi itu datang lagi. Kali ni vice versa yo! Konon ingat dan rasa dah kurus bila lepas bersenam tapi bila timbang, memang rasa ada batu hempap kepala. Memang payah gila nak kuruskan badan kalau lemak memang dah tepu melampau.
“Buat workout lebih sikit la bro. Kalau badan nak cantik balik kena la seksa sikit. Orang kata no pain no gain. Tuh la, dulu dah kurus gatal nak gemuk. Bila dah gemuk baru menyesal. Dasar tak penah puas. Bertaubat la dol. Tak masuk syurga ko ni nanti”
Aku selalu pergi gym untuk bersenam. Bukan Fitness First mahupun Gym Jackie Chan. Aku tak mampu doh walaupun aku tahu dekat gym tu ramai hot stuffs. Gym bayar RM2 dekat Persint 9 Putrajaya je yang selalu aku pergi. Another places aku selalu pergi dekat Stadium Bangi dan Tasik Permaisuri. Ini untuk outside punya workout la. Bila dekat gym, elok je aku bersenam without any problem walaupun kadang-kadang clearner awek indon dekat situ selamba tutup aircond sampai terasa macam duduk dalam sauna bersuhu 120 darjah celcius. Tapi bila aku bersenam dekat luar, cepat je badan ni habis angin plus rasa fed-up sebab panas. Badan macam menjerit kata aktiviti dekat luar ni sangat mustahil untuk adapt walhal suhu tak adala panas mana. Jenaka apa badan aku ni? Memang dilusi nak mampus. Sometimes aku wonder mungkin aku jadi cepat habis angin sebab tenaga banyak ditumpu dan difokuskan pada mata untuk usha awek serta amoi joging sekali. Lihat anugerah serta ciptaan tuhan doh. Sekali harung dengan pikul dosa. Tu yang cepat pancit. Memang kegagalan serta pembaziran disitu.

Another part is, aku rasa kaki kanan aku sedikit pendek dari kaki kiri aku. Ini sama kes macam Encik Bekcham tapi aku sedar aku tak layak untuk disamakan dengan dia. Tolong jangan perasan boleh? Ok, aku tahu aku ni hodoh. muka pun muka pecah tembok. Benda ni pun aku perasan serta men-dilusi-kan diri bila guna air-walker yang bersepah dekat taman rekreasi. Memang aku fed-up bila naik air-walker sebab terasa pergerakan aku macam cacat sebelah sebab bila hayun rasa macam tak puas. Emosi sungguh!
Lain antara dilusi yang aku alami bila aku nak berpakaian. Aku bila berpakaian, memang la tak tahu apa fesyen dan gaya terkini. Pada aku, apa yang aku pakai tu dah nampak elok dan smart je macam Hugh Jackman tapi bila ibu aku tengok, dia kata macam orang yang baru keluar dari hutan. Apakah ini? Teruk benar dilusi aku. Sebab tu la aku terpaksa bersurah berkenaan permasalahan fesyen yang aku alami dan bantuan yang diperlukan.
Ok, rasa macam jahanam tak dilusi yang aku alami? Kalau kamu rasa macam cilaka, objektif aku memang dah berjaya menghabiskan maa kamu secara sia-sia selama 3 minit untuk membaca entri ni. Tahniah untuk diri aku sendiri. LOL! Kamu ada tak perasaan dilusi berkenaan apa-apa perkara? Kalau ada, cuba kamu cerita sikit dengan komen dekat bawah ni. Tak ada hal kan?

hahahXD
bapak teruk ilusi kau ni..sampai mak kau cakap camtu..hahah XD
salam..
adehhh..tension benor
bunyinya tu..moga anda tabah
rileks2….tekanan jiwa nmpk hihihihi…
Hugh Jackman xpe jgn Gene Hackman dah la.. huehuehue.. pst: aku da trai wat header with twitter, tp blm tukar lg sbb aku tgh edit2 nk bg tweet aku scrolling.. pening la
@landax n siTokei
emosi woo dengar cam gitu sekali. mau tak tertekan jiwa
@zulkbo
sedang bertabahkan diri
@tupaikaran
Gene Hackman? LOL! By the way, he’s still bad ass dol!