Kamu tahu apa itu salji? Pernah rasa salji tu macam mana? For those yang pernah study kat luar negara especially negara yang mempunyai iklim empat musim, tak ada masalah la untuk mengalaminya. Same goes kepada yang pernah pergi luar negara for holiday, honeymoon, umrah atau apa sajalah perkara yang kamu buatkan meskipun aktiviti lagha dekat negara atas angin atau beberapa negara Asia lain contoh terdekat Jepun dan Korea.
Bagi yang tak pernah tahu macam mana rupanya epingan salji (snowflake) ni dah tentu membayangkan rupanya macam air batu yang dah di grinded untuk buat cendol atau ABC dekat kedai mamak atau warung tepi jalan. Tak pun kamu akan pergi buka freezer dekat rumah dan tengok dekat bahagian frozen. Siap kamu korek-korek lagi. Punya tinggi tahap curiosity. Tapi bagus sebenarnya untuk pengalaman dan pembelajaran.
Jangan malu untuk mengaku. Aku pun anggap macam tu sampai la wujudnya rumah salji dekat Malaysia bermulanya di Taman Pertanian, Bukit Cerakah – Rumah Empat Musim, kemudiannya dekat Mines Wonderland, Genting Highlands dan terkini dekat i-City, Shah Alam. Untung budak-budak zaman sekarang. Siap tu tak payah nak bawa gi sana, terus bawa yang original punya dekat oversea nun.
Fakta berkenaan snowflakes ni sangat menarik. Setiap kali datangnya musim sejuk, 1 septilion kristal salji telah gugur dari langit dan sejuta titisan kecil diperlukan untuk menjadikan snowflake. For those yang wonder 1 septilion tu berapa jumlahnya, ia bersamaan dengan (1,000,000,000,000,000,000,000,000). HOOOORAH!!
Kalau kamu nak tahu, struktur snowflakes ni mempunyai struktur yang unik for each one of it. These things been discovered by 19 years old man, Wilson Alwyn Bentley (9 Februari, 1865 – 23 Disember, 1931) merupakan seorang petani. Dia lebih dikenali dengan gelaran The Snowflake Man. Passionnya terhadap snowflakes telah berjaya merakamkan struktur unik snowflakes ni dengan menggunakan kamera yang direka khas bersambung dengan mikroskop yang menggunakan 69-3000 kali pembesaran.
Melalui gambar yang dirakam, Bentley menemui bahawa semua struktur unik yang dimiliki oleh snowflakes mempunyai 6 sisi simetri berbentuk heksagon yang mengelilingi nukleus. Pembentukkan struktur ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan air. Secara mudah, suhu yang hangat akan menghasilkan kristal yang lebih berenda (lacy) manakala jika suhu adalah dingin maka kristal akan lebih tertumpu dan padat serta lambat berkembang.



bro ada masa cuba tengok molekul air yang di baca ayat al-quran tak. lagi cantik. hehe
@sam posmen
yang tu aku dah tengok lama. tu suma takyah la nak sembang. dah ketentuan. even partikel air zam zam pun dah saintis kaata paing sempurna. by the way, thanks for your recommendation. :)