Cerita ni memang WINRAR gila. Hahaha! Cerita tauladan bercampur stylo gila nenek yang nak mengajar erti kehidupan kepada seorang cucu. Bayangkanla kalau benda ni in realiti terjadi dekat kamu lepas tu yang PAWNED dan kasi kamu butthurt adalah nenek kamu sendri. Thanks to momot for this nice story to share with us. So guys, sila la baca cerita ini yang sangat menarik lagi klasik dan awesome! The story begin like this;
Anita mengelap rambutnya dengan tuala. Bersih rasa dirinya selepas mandi. Diambil hair dryer lalu dikeringkan rambutnya yang basah itu.
“Apa style rambut hari ini ya? Apa yang Azam suka?”
3 jam lagi, dia sudah berjanji untuk keluar dengan Azam, hatinya yang telah dikenali 3 bulan. Janjinya, Azam akan datang menjemput dia di rumah. Walaupun baru 3 bulan, Anita sudah dapat merasakan Azam adalah dia, lelaki yang bakal memberikan dia kebahagiaan dan mana tau, terus ke jinjang pelamin. Anita lalu menyarungkan seluar jeans ketat berjenama Levi’s dan memakai baju baby t-shirt bertulis GEORGOEUS di dadanya.
“Moga Azam terbukak pintu hatinya! Aku memang hot!”
Tin tin! Tin tin! Kedengaran bunyi hon motor Azam di depan pagar rumah.
“Nasib baik sempat siap”
Anita pantas keluar dari pintu biliknya. Neneknya ada di ruang tamu sedang menonton channel propaganda kerajaan.
“Nek, nek, Anita keluar sekejap ya?”
“Kau keluar dengan budak lelaki tu lagi ke? Naik la bas, bahaya naik motor tu”
“Alah nenek ni, Azam kan juara Cub Prix Seberang Prai. Insya Allah selamat.”
“Aaaa..”
“Hai Abang!”
“Hai Anita! Cantik la awak hari ni! Seksi!”
Anita mencubit peha Azam membuatkan Azam mengaduh galak. Neneknya hanya memerhatikan dari belakang langsir tingkah laku cucunya itu sambil berisitighfar.
———————————–——————————————
Anita sedang tertidur nyenyak di biliknya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
“Ita, Ita! Nenek ni. Bukak pintu sekejap!”
Anita mengesat mata dan bingkas bangun membuka pintu.
“Apa dia nek?”
“Ita, hari tu Nenek nampak kau pakai seluar jeans yang kaler coklat tu”
“A’ah, apsal nek?”
“Nek nak pinjam”
Pinta neneknya dengan pantas masuk ke bilik Anita. Neneknya terus membuka almari baju Anita.
“Nenek pinjam baju ni boleh tak?”
“Apa buang tabiat ke neneknya nak pinjam baju-baju aku?”
Neneknya yang masih berkemban itu terus mengambil seluar jeans coklat dan sehelai baju t-shirt bertulis SEXY di dada. Anita tergamam mendengar dan melihat perangai nenek.
“Nek pinjam ni. Ada date dengan pakcik yang jual ikan kat pasar tu”
Anita tergamam sekali lagi. Kelu, dia hanya mampu mengangguk lalu bangun ke meja makan melihat apa yang ada bawah tudung. Beberapa tika kemudian keluarlah neneknya, bertudung tetapi memakai t-shirt ketat dan seluar jeans kepunyaannya. Nampak neneknya kelihatan ranggi dan bergaya.
Pin pin! Pin pin! Hon motor berbunyi. Anita bangun dan menjenguk dari tepi langsir. Di depan pagar rumah, ada sebuah Honda C70 ditunggangi seorang lelaki yang kelihatan agak berumur.
“Nek, siapa tu nek?”
“Alah kau ni, dia tu kan yang tauke kita selalu beli ikan kat pasar tu. Tu lah kau, nenek ajak ke pasar kau tak nak ikut. Belajar-belajar la ke pasar sket. Dah la, nenek gerak dulu, kang menunggu pulak dia. Kau kunci pintu, nek ada bawak kunci ni”
“Bila masa pulak nenek masuk bilik aku pinjam perfume aku?”
Diselaknya langsir dan dapat dilihat neneknya dengan bergaya membonceng di belakang motor itu sambil tangannya memeluk erat pinggang pakcik tauke ikan tu.
“Ya Allah! Apa nenek aku ni?”
Sedar tak sedar, Anita terlelap dan dia hanya terjaga apabil pintu rumahnya dibuka. Ibunya pulang dari pejabat.
“Mak mak, nenek buang tabiat mak”
“Eh eh, apsal pulak ni Ita?”
“Nenek pinjam baju Ita yang seksi-seksi, lepas tu dia keluar dating dengan pakcik pasar tu. Siap pakai perfume Ita lagi, yang paling kelakar, boleh nenek peluk pakcik tu masa naik motor?”
Ibunya diam sahaja, mungkin terkejut.
“Nenek dah nyanyuk ke mak? Kenapa nenek jadi camtu mak? Tak senonoh la nenek buat perangai macam tu. Karang orang sebelah, jiran-jiran kita tengok apa la kata diorang? Dah la nenek tu dah berumur, lagi la tak elok!”
“Tau pun tak elok! Yang kau buat tiap-tiap hari takpe pulak! Tak fikir pulak kau apa jiran kata bila kau sendiri buat?”
Terkejut Anita apabila neneknya tiba-tiba muncul dari dapur.
“Err.. err.. Tapi Ita muda lagi nek..”
“Baguslah tu, jadi lah macam semua orang, bila muda kumpul dosa, bila dah tua baru terfikir nak taubat! Yang cantik, yang elok, yang muda tu la kena jaga, barula nanti-nanti dia kekal cantik, kekal bersih.”
Panas telinga Anita.
“Tapi.. tapi… buruk la nenek pakai camtu. Ita ok la.”
Sayup-sayup Anita mempertahankan dirinya lalu berjalan masuk ke biliknya.
“Tau pun buruk”
Jadi apa moralnya dalam cerita ni? Kamu dah besar, perkara-perkara secara fizikal dah membenarkan kamu menjadi seorang yang akil baligh pun rasanya dah ada, boleh fikir sendiri. Bak kata kawan aku, bawah dah tumbuh banyak bulu. Malas nak cakap banyak. Malas nak bermukadimah lagi bersurah berkenaan hal ini.

aku suka ini cerita!