May 20, 2012

Rossa Curi Lagu Ella?

Ini sungguh serius! Konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia akan berterusan. Kali ni membabitkan berkenaan hal muzik. Sebelum ini perbalahan antara kedua-dua buah negara disebabkan isu laser apabila berlangsungnya pertandingan bolasepak Piala Suzuki. Nampaknya perbalahan antara kedua-dua buah negara ini mungkin sukar dipadamkan kerana ada sahaja isu yang cuba untuk di laga-lagakan.

Sebagai mukadimah, cuba kamu  dengar kedua-dua buah lagu ini daripada Ella feat Shah – Ku Merindu dan daripada Rossa – Ku Menunggu. Apakah yang kamu perasan daripada kedua-dua lagu ini?

Ella feat Shah – Ku Merindu

Rossa – Ku Menunggu

Lagu adalah sama bukan? Cuma yang berlainan adalah dari segi lirik itu diubah melalui nyanyian yang di dendangkan oleh Rossa. Menariknya, pencipta asal lagu ini – Mery – pernah menawarkan lagu ini kepada artis Malaysia namun tidak mendapat sebarang keputusan berkenaan hal ini dan menuduh Ella dan Shah telah mencuri lagu ini seperti didakwa oleh rakan Rossa yang tidak mahu dikenali. Proses undang-undang sedang berjalan ketika ini menyelesaikan hal ini.

Namun begitu, desas desus menyatakan bahawa saudara terdekat Shah telah membeli lagu ini daripada pencipta asal, lalu meletakkan namanya sebagai komposer. Persoalannya sekarang, siapakah yang menipu dan siapakah yang menjadi maling?

Speak Your Mind

*