May 20, 2012

Aku & Sindrom Memori Singkat

Aku tak tahu sejak kebelakangan ni mudah benar untuk aku lupa tentang sesuatu perkara dengan cepat. Aku mudah lupa mana aku letak kunci. Aku mudah lupa sama ada aku dah lakukan kerja yang patut aku buat. Aku mudah lupa aku dah kunci kereta masa keluar atau belum. Aku lupa si itu, aku lupa si ini dan banyak lagi. Meskipun benda yang aku lakukan atau ketemu itu cuma beberapa minit berlalu! It seems like aku ada penyakit short term memory loss syndrom.

Aku mengalami kesukaran untuk recall back what i wrote, read or do. Usually benda ni akan menjadi masalah pada aku bila aku bekerja. Dan ini mungkin antara sebab atau alasan kenapa aku jadi job-hopper untuk kali ke-empat sekian kalinya. Kesabaran bekas bos aku memang dah sampai ultimate. Maki hamun serta cacian dah menjadi ruji dan santapan harian untuk aku semasa bekerja disebabkan masalah ni. Apa yang aku mampu lakukan cuma diamkan diri. Marah? Tentu ada tapi siapa aku untuk fahamkan dia orang. Aku seolah-olah separa orang kurang upaya. Dan aku semakin mengerti dan faham perasaan golongan ini.

Daripada aku terus bakal dilabel menjahanamkan industri mereka, i do rather quit without salary and fine another job and that what i did. Now, aku dah settle down dekat tempat kerja baru. Aku mampu untuk melakukan kerja dengan baik dengan KPI bagi kemakian serta cacian untuk aku dah semakin menurun.

Aku ada masalah ni semenjak pulih dari sakit baru-baru ni. Ah! Tak perlu aku ceritakan nanti dikatakan meraih simpati. Sejak itu aku sangat struggle. Struggle dalam segala-galanya dan kadang-kadang aku rasakan diri aku seperti orang dungu. Orang yang sangat blur dan bengap nak mampus. Perasaan sama seperti Drew Barrymore dalam filem 50 First Dates.

Tapi syukur, aku mampu mengingati dengan baik perkara-perkara yang lampau. Kebanyakkan perkara-perkara yang berlaku adalah semasa zaman aku kecil. Zaman yang penuh, kalau ada skala 1 hingga 10, 9 adalah penuh dengan kedukaan – terutamanya saat kepalaku dibawah meja kecil kerana dilempang oleh ibu aku gara-gara gagal hafal sifir 3 semasa darjah 4. Ya, aku seorang loser dan gagal.

Oleh sebab itu, apa yang aku lakukan sekarang ni kebanyakkannya adalah menulis. Menulis dan terus menulis walaupun sesuatu perkara itu sangat remeh yang mampu untuk diingati oleh orang normal yang lain dengan mudah. Ini cara yang aku lakukan untuk terus mengingat. Untuk terus membuatkan aku berasa tidak menjamu maki sebagai makanan harian. Dan sebab itu aku terus menulis. Menulis perkara-perkara yang perlu tentang hidup aku atau perkara yang disukai atau tidak oleh girlfriend aku. Semuanya atas satu sebab – aku tidak mahu ingatan itu hilang. Aku tidak mahu aku lupa. Sekurang-kurangnya usaha telah aku lakukan untuk mengingati tentang itu.

Pada teman-temanku, kalau ada perkara yang pernah kamu bangkit atau inform pada aku dan aku terlupa, maafkan aku. Semuanya sebab aku mudah terlupa. Semuanya sebab keadaan aku tika ini. Perbanyakkanlah kesabaran kamu semua wahai teman aku. Kalau perlu, peringati aku untuk mencatat perkara terbabit kalau ianya terlalu penting bagi kamu untuk aku ingati. Sampai bila penyakit ni aku akan tanggung, aku tak tahu. Jadi banyakkan bersabar. Aku pun tak nak tanggung penyakit ni.

Speak Your Mind

*