May 20, 2012

April Fool’s Day & Antara Kebodohannya Di Malaysia

Hari ni hari Jumaat. Itu biasa dan semua orang pun tahu dan sedia maklum. Hari Jumaat juga merupakan hari suci dan sebagai penghulu bagi segala hari bagi umat Islam. Ini pun bani Melayu dan bani lain dah tahu yang meletakkan kepercayaan berasaskan terhadap salah satu daripada tiga fahaman agama Samawi ini.

Ironiknya, hari ni juga merupakan sambutan khas yang di panggil April Fool’s Day. Hari yang dicipta oleh Freemason dan Illuminati untuk bercanda. Hari yang dikhususkan kepada kamu semua untuk melaksanakan troll, prank, membodohkan dan segala benda haram jadah terhadap manusia yang kamu kenali secara total. LOL

Satu perbuatan yang tidak dilarang atau ditegah. Malah digalakkan berserta master plan yang sangat teratur tetapi penuh celaka seperti dalam kitab purba Art of War oleh Sun Tzu. Nak prank, pastikan penuh dengan ART. Baru dikenang sampai mati. For those yang kena, sure akan senyum babi menahan marah but we can’t burst it out bersempena menghormati keindahan April Fool’s Day. Day’s we been fooled. That the fact we can’t denial. Unless jenis prank melampau atau tak kena tempat, mati itu perkara biasa. Aku rasa di zaman aku belum mumayiz, i’ve been pranked and pranked others too. Kamu pun pernah jugakan? What a day.

Tapi jangan seronok sangat boleh? Golongan serbanistas serta ketayaps murka kamu tahu! For serbanistas, we should not celebrate this stupid day’s cause from their point of view seolah-olah seperti memperbodoh, mencaci, memalukan atau mempersendakan agama sendiri due the case thousand of  Muslim citizen been slaughtered in Spain on 1487. Tak percaya? Kalau tak percaya u can read this fact by clicking this link. Ok, i’m bit sceptical here but this thing reflect same as Valentine’s Day? Cuma benda ni tak di fatwakan harom lagi. Soon, it will be trust me, son. Ok, i can be burn in hell straight away.

Bila bercerita tentang kebodohan, aku rasa banyak benda bodoh yang berlaku dekat Malaysia. I mean bukan banyak benda bodoh akan berlaku pada setiap tarikh 1 April – tapi banyak benda bodoh yang berlaku setiap hari. Faham apa yang aku cuba sampaikan? Untuk sebab ni aku nak bersurah beberapa perkara bodoh yang berlaku dekat Malaysia. Suka atau tidak, aku peduli apa. Tapi sila baca sampai habis dulu. Tak suka, boleh move your mouse cursor and point it to X mark on your right top of window and click on it. Fair enough?

Aku nak bermula tentang kebodohan berkenaan censorship. Bila aku tengok rancangan dekat Astro especially bergenre dokumentari, aku perasan ada certain gambar atau perkataan akan di-censor. Apa ke halnya benda macam ni nak sensor? Ok, aku faham kalau sensor yang dirasakan bit harsh untuk didedahkan kepada norma-norma budaya Malaysia yang sopan santun, tapi kalau sampaikan lukisan yang di angkat sebagai karya agung dan merupakan main subject atau intipati kepada dokumentari terbabit tapi dilukis separuh bogel pun kau nak sensor, ini bebal namanya. Tinggal apa yang nak tengok kalau semua benda dah kena tapis? It’s reflect to movie too. Lebih-lebih lagi filem yang banyak adegan berahi dan senggama. Kalau cerita tu banyak kena potong sebab scene yang tak sepatutnya ada, buat apa nak ditayangkan lagi kalau kita yang tengok ni langsung tak faham jalan cerita hujung pangkal? Baik tak payah tayang terus at the first place. Lagi senang.

Kita tak nak sokong filem tempatan sebabnya tak cukup cool atau hebat banding dengan cerita luar. Ada yang kutuk sebab cerita tempatan ni tak mencerminkan pemikiran yang tinggi dalam berkarya. Pemikiran yang sempit dan dangkal. Tak ada logiknya bila adegan tembak menembak peluru yang kena dekat cermin boleh melantun instead of pecah. Tapi menjadi kebodohan bila orang yang berkata macam ni boleh pula tengok cerita luar yang memang terang-terang sama taraf atau lebih buruk hasil karyanya daripada yang dikeji tadi. Apa ke halnya ni? Sama juga penyanyi. Kau belasah artis yang buka baju tulis huruf S dekat dada, kau hentam kaw kaw artis nasyid tempatan yang mencuba pendekatan lebih ke arah kebaratan dari segi attire atas alasan sekular, tapi punya baik dan cantik kau puji mamat dari Sweden yang nanyikan lagu berbentuk dakwah. Siap ada versi Melayu der. Apa punya bentuk kebodohan ni?

Ahli politikus sibuk berkung-fu dan bertikam lidah pasal benda remeh temeh dekat dewan rakyat. Sibuk pasal hal politik nak kata dia ni salah. Dia tu tak betul. Sembang  si polan kaki angkut perempuan, si anu suka main belakang dan si mamat ni kaki bedal projek duit juta-juta, parti tu sekular dengan Yahudi, jangan undi parti tu sebab kafir, undi parti ni yang perjuangkan Islam. Lancau la weh! Kau pong pang pong pang dalam dewan macam haram,  at the end, setahun cerita yang sama tak habis. Tinggal aku makin merempat susah sebab kamu sibuk nak boikot sidang, nak bentuk kerajaan baru. Now, tengok la berapa lama nak habis cerita pasal tape blue si polan dalam dewan rakyat. At the end, kita seMalaya dah kena tipu dan diperbodohkan dengan janji yang katanya petrol tidak akan dinaikkan lagi tapi tetap naik. Dengan janji kononnya akan tertubuhnya kerajaan baru lepas ramai yang lompat parti. Dah 2 tahun nak masuk 3 pun tetap tak nampak kerajaan baru. Tak apa. Kita cuba lagi.

Kalau kamu perasan, Malaysia ni ada penyakit bermusim. Kalau dulu ada musim buah, musim tengkujuh, musim kawin, sekarang ni macam-macam benda dah jadi bermusim. Musimnya akan ada satu tempoh tu cerita buang bayi, ada satu tempoh cerita eksiden bas, ada musimnya demam dengan rancangan realiti. Sekarang ni ada musim untuk larangan atau harom daripada golongan bijak pandai agama. In before berkenaan larangan menikah dekat masjid. Kemudian berkenaan fatwa pengharaman tarian poco-poco. For me, tarian poco-poco tu tak ada memuja mana pun. Tak ada nampak tang mana boleh terpengaruh. Kalau macam tu, Tarian Kuda Kepang dan Tarian Ulik Mayang juga harus diharamkan sebab terang-terangan benda ni akan menyebabkan orang yang terlibat akan bersawai. Ini baru sungguh nampak ritualnya.

I think that enough for now. Ikutkan banyak lagi sebenarnya tapi cukupla apa yang ada ni. Banyak-banyak pun tak guna. Setuju, tak setuju? Sila komen dekat bawah. For right now, bersempena hari Jumaat yang mulia ni, sebagai tanda hormat, aku nak melayan lagu yang tengah top sekarang iaitu Friday Friday by Rebecca Black. LOL!

Comments

  1. nescafe_ais says:

    hari yang disambut oleh orang-orang yang bodoh…

  2. Encik Ketam says:

    Rupanya kita di Malaysia hari2 sambut April Fool. Tengok front page Hmetro pun memang April Fool selalu.

  3. admin says:

    @nescafe ais

    adakah kita tergolong gak? LOL!

    @Encik Ketam

    akhirnya kau berjaya memahami isi hati aku. memang hari2kan? bukan sehari khas tu je.

  4. hyrulxxx says:

    ur rite bro … patik setuju 1 000 000 peratus ….

Speak Your Mind

*