Seperti yang semua sedia maklum, pokok kelapa ni memang glamour dengan panggilan pokok 1001 kegunaan. Daripada daun sampai la ke buah, macam-macam kegunaan yang boleh di inovasikan. Dan seingat aku, masa zaman sekolah rendah dulu salah satu karangan extra yang aku kena buat sebab dah kena aim dengan cikgu, adalah tentang kegunaan pokok kelapa.
Kena pangkah bukan apa pun, untuk polish my writing skills sebab katanya aku ni ada potensi. HAHAHAHA!! Setiap hari after waktu kelas, akan dating dekat bilik guru untuk dapatkan satu tajuk to write. Siap ada buku khas weh! Thank you Cikgu Rogayah sebab had a faith on me but at the end, sekarang ni dah jadi hampagas walau keputusan UPSR aku untuk penulisan memang cemerlang. By the way, adik cikgu yang mengajar Alam & Manusia dekat sekolah yang sama memang hot!
Instead of pokok kelapa, apa lagi yang terlintas dalam kepala kamu berkenaan 1001 ni? Hikayat 1001 Malam? Cibai! Memang nak kena katok kepala. Selain tu, apa lagi benda atau barang yang kamu rasakan mempunyai 1001 kegunaan? Swiss army knife? Alat bersenam dari Smartshop yang boleh multiple activities dan mudah disimpan di bawah katil? Atau pun smart phone benda yang paling releven? No.. No.. You wrong guys. Benda yang sangat berguna yang aku maksudkan sejak wujudnya ia sampai la ke hari ini and in a future adalah SURAT KHABAR.
Nonsense? Tak masuk akal pada kamu? Here i’m going to explain why surat khabar adalah benda yang mempunyai 1001 kegunaan berbanding benda lain supaya kamu nampak betapa besar jasanya dalam peradaban manusia khusus di Malaysia selain daripada pokok kelapa. Ini betul-betul beb. Tak ada tipu punya.
Pertamanya, surat khabar ni kalau kamu sedar ianya boleh digunakan sebagai barang mainan. Eh, barang mainan? Sungguh ni. Aku tak berjenaka. Berapa ramai di antara kamu masih ingat lagi di zaman kanak-kanak kamu pernah rembat surat khabar mak ayah untuk buat layang-layang? Masa ni la skill seni bina kamu mula berkembang. Secara tak sedar semua hukum fizik secara awal kamu dah mula terapkan dalam layang-layang. Seni bina, kejuruteraan aeronatik, aerodinamik dan tah apa lancau lagi sufferix -ik kamu akan aplikasikan. Cuma masa tu tak tahu je. Nak pakai kertas minyak on that time, memang mahal dan tak mampu untuk beli.
“Ikut sangatla si Azim tu. Dia makan tahi, kamu pun makan jugak. Tak payah nak membazir duit beli kertas minyak tu, long. Simpan untuk duit belanja sekolah kamu lagi bagus. Pakai je surat khabar. Terbang pun sama tinggi gak macam yang pakai kertas minyak tu”
Dan sekarang ni pun, masih ada yang buat layang-layang pakai surat khabar. Bagi aku memang klasik serta brilliant sesiapa yang masih lagi buat dengan cara ni. Memang cool habis. Kadang-kadang aku tengok mamat yang buat layang-layang pakai surat khabar boleh menganjing mamat yang main layang-layang plastik – beli. The other way round lak, imaginasi kamu dalam mereka cipta berkembang. Skil origami pun dah ada. Tak percaya, berapa ramai antara kamu masih ingat, zaman kanak-kanak dulu antara barang permainan paling popular yang kamu buat adalah apa? Topi? Pedang? Sampan? Peluru untuk menyumpit atau pistol mainan? Ataupun mainan mulut lipat kertas? Malahan bola sepak juga kamu buat daripada surat khabar der.
Secondly, yang hidup zaman universiti atau asrama sekolah lak especially golongan yang berpenis, dah tentu benda ni kamu pernah alami. Tak tahu la kalau perempuan pun ada gak. Aku faham kadang-kadang benci nak pergi kedai gunting rambut sebab bahagian nak gunting tu sikit je. Rather than spend duit yang banyak untuk kembungkan perut si amoi salon, jadi caranya kamu paksa junior atau kawan untuk gunting rambut kamu. Memang keji cara ni tapi berbaloi dan sangat efektif. LOL! Dan yang celakanya servis ni biasa akan cepat terkenal dan menjadi buahan mulut dekat hostel. Cuma masa untuk gunting tu je yang bergantung kepada availability si tukang gunting. Kena yang ok, tak ada masalah. Tapi yang jenis mengelat-ngelat memang nak kena kaki especially junior. Hamjad sungguh.

Bila dah gunting cara bidan terjun dan tanpa alat yang lengkap, usually kena buka baju kalau tak nak end up dengan gatal-gatal badan sebab rambut sendiri yang melekat dekat baju. Masa ni memang emosi dan jengkel nak mampus. To solve these gatal atau malu nak buka baju things, yang cerdik akan pergi ambil surat khabar then gunting tengah surat khabar tu untuk fit dekat leher dan sarung untuk jadi kain macam dekat kedai gunting atau salon. Memang brilliant.
Antara kegunaan lain surat khabar sejak dari dulu sampai la sekarang adalah sebagai medium untuk membungkus barang. Tak kisahla barang apa pun. Sekeji atau seburuk macam mana pun barang tu, tetap surat khabar akan jadi wrapper. Kalau di zaman taboo dulu-dulu, aku ingat lagi asal pergi kedai je dan ibu aku beli pad, dia akan pesan dekat tuan kedai untuk bungkus pad tu denga surat khabar. Kadang-kadang tak payah cakap pun, tuan kedai dah faham sendiri. Yang aku tak faham kalau dah wrapped pun masih nampak bentuk berketul macam batu-bata dan lagi mudah untuk orang cam, apa guna dibungkus? Aku rasa lebih simbolik ada la. Itu zaman taboo. Sekarang ni masih ada lagi ke? Selain tu, yang biasa kita tengok akan jadi pembalut atau pembungkus belacan. Tak pun jadi pembungkus untuk barangan mudah pecah macam cawan, pinggan atau pasu as a absorbing medium.
Surat khabar sekarang ni pun dah jadi salah satu cara hasil pendapatan. Kalau rasa malas ya rabbi, surat khabar tu dah boleh campak dekat pusat kitar semula untuk timbang kati. Dapat la beberapa sen atau ringgit. Daripada langsung tak dapat apa-apa. Atleast lepas duit roti canai atau rokok 2 batang. Kalau nak upgrade value kertas surat khabar kalau kamu perasan, bakul cenderahati dalam majlis perkahwinan pun dah hand made daripada surat khabar. Memang kreatif orang sekarang ni. Daripada terbuang macam gitu, boleh buat sumber duit. Bertambah hasil produktiviti. Sekurang-kurangnya untuk suri rumah tak ada la bosan sampai tengok show sinetron atau telenovela dah jadi benda wajib.

Last but not least, jasa surat khabar ni sangat besar di atas jalan raya dan umat manusia. Yang ini amat WINRAR dan sangat bizarro. Tak percaya cuba tengok kalau ada kemalangan dan ada mayat yang terbuntang dekat jalan raya, surat khabar la yang akan pertama sekali akan menjadi alas untuk menutup mayat tu sebelum datangnya ambulance atau polis untuk tutup mayat ni dengan beg plastik. See, how newspaper become important dan menjadi benda yang mempunyai 1001 kegunaannya selain daripada medium untuk memberi ilmu dan menyampaikan dakyah serta dogma songsang daripada parti politik untuk kepentingan masing-masing.
I rest my case here and for those nak contribute idea apa benda lagi yang surat khabar ni boleh buat instead of 5 points yang aku dah bagi sebab ianya 1001 berguna sejak zaman dulu sampai sekarang, kamu boleh bagi komen dekat bawah ni as usual.
