February 22, 2012

Bila Berkahwin, Kahwinlah Dengan Semua

Sebelum ni aku pernah menulis entri tentang perkahwinan. Aku rasa lebih tepat mengenai nilai hantaran dan akad nikahcourtesy Terfaktab. Dan korang boleh baca through link yang aku dah bagi. Alang-alang aku dah menulis tentang hidup berkelamin, aku nak panjangkan sikit. Maka wujudlah entri ni.

Suka aku nak ingatkan bahawa hasil tulisan ni mungkin nampak bangang. Seperti mana bangang dan gampangnya diri aku bak kata orang dekat luar sana. Macam aku cakap dulu bila bersurah mengenai topik kahwin, yang menjadi kayu pengukur tinggi atau rendah ilmu seseorang adalah pengalaman. Dan pengalaman inilah yang mahal. Ia mengajar erti kehidupan dan bekalan untuk terus mengharungi hidup. Bila dah kena dekat batang hidung sendiri & mengalami susah senang, baru boleh sembang.

Jadi bila gua nak membebel tentang hal ni, macam tak kenala ye tak? Sebab mesti korang kata siapa gua yang belum kahwin nak bercakap tentang kahwin – sebab takde pengalaman. Tapi gua apa peduli. I’ve my own opinion & i’ve a right to speak about it by my own persepctive. Jadi terpulang pada korang nak terima atau tak. Untuk digest point yang gua sampaikan.

Ok sambung. Kahwin itu indah – kata orang yang dah kahwin. Aku akuinya. Kalau tak seronok, takkanlah nabi sendiri sarankan kalau dah cukup haul, dirikanlah masjid. Kembangkan umat islam. Jadi pada korang yang belum kahwin, kahwinlah dengan segera – termasuklah aku. Tapi bukan kahwin dengan cara segera atau express dekat sempadan nun. Buat dengan cara yang proper. Kalau tak sempurna pun, sekurang-kurangnya hampir sempurna. Tak menyusahkan atau malukan sesiapa.

Bila baca tajuk entri, bunyi macam aku suruh kahwin dengan semua orang. Memang aku suruh kahwin dengan semua orang. Gua rasa istilah kahwin dengan bani sendiri je dah tak releven dijaman sekarang. Infact dalam agama pun takde kata ‘kau melayu kawin dengan melayu sahaja. Dengan bangsa lain jangan harap’. Dan gua rasa masing-masing ada taste atau fantasi sendiri. Nak arab, omputih, jepun, amoi, campur and etc. Semacam hamjadah sekarang ni. Tapi kalau muka dah macam pecah pintu, berparut makan tar jalan janganla nak fantasi lelebih untuk dapat macam Juliana Evans, Maria Ozawa atau pun Zooey Deschanel ye tak? Jadi back to the origin – kahwinlah dengan bangsa sendiri.

Tapi apa yang aku nak cuba sampaikan dekat sini, bukan itu sebenarnya. Let’s we see this thing this way. Secara jujurnya berapa ramai antara kamu yang dah kahwin, at early stage masa tengah kapel dulu ada perasaan ‘aku hanya nak kahwin dengan kau je. Nobody else’. I bet most of you mesti ada punya mindset macam ni. Ala.. tak payah nak chong la.

Tak. Jangan salah sangka. Gua bukan kata itu salah. Serius. Memang betul bila dah kahwin, korang memang nak hidup dengan pasangan masing-masing sampai ke akhir hayat. Susah senang bersama-sama. Takkanla nak hidup dengan orang lain ye tak? Tapi bila gua diberikan anugerah akal oleh tuhan untuk berfikir, gua rasa ada yang kena betulkan sikit dekat sini.

Bagi aku, let me stress it again. Pada pandangan aku yang bengap lagi belum berkahwin lagi, bila kita berkahwin kita sebenarnya tak boleh letak diri kita hanya berkahwin dengan pasangan kita sahaja. Sebenarnya kita harus meletakkan diri untuk turut berkahwin dengan seluruh keluarga pasangan kita. Erk.. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Kenapa aku kata macam ni, sebab kau tak kan dapat hidup sampai nafas terakhir dengan lelaki/perempuan yang dikahwini kalau tak dapat persetujuan atau restu daripada keluarga. Betul tak? Ini dalam konteks yang both parties ada keluarga la. Kalau korang kahwin lari atau yatim piatu dan anak tunggal, itu dah out of context. Jadi bila kamu dah diterima dalam keluarga, korang seharusnya willing dengan hati terbuka untuk menerima buruk baik keluarga pasangan kamu.

Dan setiap orang baru yang datang dalam keluarga baru yang besar, gua yakin mesti akan ada sorang dua ahli keluarga yang takkan satu kepala dengan lu. Mesti akan ada je yang nak disanggah. Mesti ada benda yang nak dibawa bertinju. Jadi dekat sini aku katakan perlu menerima semuanya dengan hati terbuka. Kalau dapat ahli keluarga mertua yang semuanya memang ngam dengan korang, memang bertuah badan. Dekat sini aku tekankan berkahwinlah dengan semua.

Keduanya, korang kena faham bahawa pasangan kamu masih lagi sebahagian daripada keluarganya. Masih lagi diperlukan dan ada tanggungjawab terhadap keluarga. Jadi janganlah asyik nak buat perangai cilaka kalau ada pasangan kamu melebihkan keluarganya daripada kamu. Apa yang gua nampak benda ni akan kerap berlaku pada lelaki. Dan senantiasa lelaki akan pening kepala – menjadi mangsa untuk makan hati.

Ingat wahai kaum perempuan, dijaman si lelaki tengah bujang, diaorang hanya menanggung satu rumah, habis kuat 2 rumah. Tapi bila mereka sudah berkahwin, akan tertanggung beban untuk 3 rumah. Dan ingat, tak ada seorang ibu atau bapa untuk melihat anaknya terbeban lebih-lebih lagi dah kahwin untuk membantu mereka tetapi kalau dah terpaksa, pada siapa lagi mereka harus memohon bantuan kalau bukan anak sendiri?

Makcik gua (adik ibu gua) pernah cakap, hirarki seorang isteri kalau ikutkan sebenarnya adalah pada angka empat dalam senarai kepentingan pada suami untuk dibantu. Pertamanya adalah ibubapa (kandung & mertua). Keduanya anak. Ketiga adalah adik beradik dan terakhir barulah si isteri. Nampak tak adil dan bersifat provokasi. Yalah, ini cakap orang yang tidak tinggi belajarnya tapi kalau difikirkan ada kebenaran. Sebab apa priority si isteri jatuh pada no empat? Sebab pada awal-awalnnya nafkah serta kelengkapan lain memang dah diberi dan disiapkan pada isteri oleh si suami.

Kalau ditakdirkan dapat pasangan jenis non-negotiable, tak boleh nak tolak ansur, atau senantiasa nak bertinju & buat muka dengan adik-beradik korang kalau berjumpa – mostly bila nak minta tolong, ibu gua ada cakap janganlah ngada-ngada nak suruh adik beradik korang datang rumah untuk berbincang. Baik jumpa minum teh tarik 2-3 gelas, roti canai atau rokok sepam dua, and settle the problem dekat luar. Better this way without your partner know it. Semuanya demi menjaga hati kedua-dua pihak. See, nampak tak rasionalnya kenapa ibu gua cakap macam ni? Semuanya sebab nak menjaga keharmonian rumah tangga dan hubungan antara kekeluargaan.

Yup! Mungkin akan ada kata tak ada kejujuran antara suami isteri. Ada perkara yang disembunyikan dibelakang. Tapi kalau dah kamu sendiri tak mampu nak bertolak ansur sedangkan ahli keluarga pasangan memerlukan pasangan kamu untuk membantu, takkan nak didiamkan? Mahu jadi seperti cerita dijaman nabi yang seorang lelaki mahu dibakar didepan ibunya kerana berkecil hati anaknya melebihkan isteri? Sebab itu gua cakap pada awal, kahwinlah dengan semua bila dah buat keputusan untuk berumah tangga.

And kepada lelaki, bimbinglah isteri kamu sebaik-baiknya sebab kegagalan kamu untuk membimbing mereka akan menyusahkan ibu atau mak kamu apabila dipersoalkan oleh tuhan mengapa kamu (anak lelaki) gagal untuk mendidik isteri dan adakah ibu kamu tidak pernah mengajar atau memberitahu kepada kamu tentang ini. Berbanding perempuan yang terputus dosanya dari si bapa dan ditanggung pula oleh si suami. I rest my case here.

p / s : call this entry ortodoks and konservatif, i admit it. Pada gua, benda lama ni adakalanya still releven untuk digunapakai dijaman milenia.



Other Posts You Might Interest:

Comments

  1. nuriz says:

    Bila dah kawen dgn pasangan..jangan la keluarga psangan tu diabaikan..tu yang jadi masalah rumahtangga..kita suka pasangan kita tapi kita tak suka atau tak mau nak campur gaul dengan keluarga pasangan kita tu..kalau hidup macam tu..tak akan bahagia..mesti ada masalah kelak

Speak Your Mind

*