May 20, 2012

Duit Hantaran : Enigma Tiada Penghujung

Akhir-akhir ni, aku banyak dapat jemputan kahwin. Mostly daripada member sekolah. Aku ucapkan selamat berkeluarga. FYI, aku mengenal dan belajar hal ke-duniawi-an berorientasikan sekolah yang semua student jenis berpunai. Bila tengok diaorang ni dah berkahwin, rasa jaki tentu ada – mengenangkan member dah transisi kepada fasa kehidupan yang baru.

Bila dah sembang dengan diaorang ni, aku dapat rumuskan beberapa perkara. Dan benda ni dah jadi isu biasa tapi bagi aku penting sebab tak kahwin lagi dan berhajat. Aku rasa aku perlu tahu tentang hal ni. Pertamanya berkenaan hantaran dan kedua perbelanjaan perkahwinan – sebenarnya ini yang penting. Bila dengar kawan-kawan cerita, seram sejuk pun ada.

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung.

UPSR, PMR / SRP : RM1000 – RM3000

SPM : RM3000 – RM8000

STPM / DIPLOMA : RM8000 – RM12000

DEGREE : RM12000 – RM15000

2ND DEGREE / MASTER : RM15000 – RM20000

PHD : RM20000 – RM30000

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.

MISKIN TEGAR : RM500 – RM1000

MISKIN : RM1000 – RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000 – RM6000

SEDERHANA : RM6000 – RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000 – RM15000

KAYA : RM15000 – RM20000

SANGAT KAYA : RM20000 – RM50000

JUTAWAN : RM50000 – RM100000

Semua nilai diatas berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Nampak gila bukan? Ijazah saja lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan keluarga, tak tahu la sifir atau rumus mana nak guna pakai. Ini baru hantaran. Belum lagi nak kira tentang kenduri. Katakanlah yang hanya termampu untuk buat adalah kenduri kahwin secara kecil. Pukul rata sekurang-kurangnya akan habis RM15000. Tumbang sekor lembu, ayam 50 ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain. Jumlah semua RM30000 untuk majlis kahwin anak gadis yang berstatus pemegang Ijazah.

Jadi, inilah realiti yang kita – kaum lelaki – sama-sama harus hadapi dan terima. Suka atau tidak, we have to swallow this fact even it’s hard. Dekat sini sahaja dah ada 2 halangan. Pertama hantaran. Kalau yang ini dah tak mampu, kirim salam nak sampai untuk peringkat seterusnya. Lu tak mampu, sila angkat kaki dan blah. Jangan banyak bunyi. Ada orang lain yang mampu. Sayang macam mana, tak mampu kena faham sendiri. Gigit jari dan pendam jela dalam hati dek tak mampu awek kena sapu dengan orang lain.

Bila bercakap mengenai hantaran, ada persoalan yang timbul. Sejak bila atau macam mana boleh jadi terlalu tinggi nilainya? Ada alasan yang kata nilai hantaran adalah indikator kepada maruah dan nilai si gadis atau wanita itu. Setuju ke? Lebih-lebih lagi zaman paska milenia ni. Anak gadis dah cerdik. Dah panjat dan bergayut di menara gading. Mana main hantaran dua tiga ribu macam zaman mak abah kita dulu. Jatuh la saham. Apa kelas ye tak? Paling kurang tak ada lima belas ribu, boleh jalan la. Hak tuih!

Bila dah ada akal sikit untuk digunapakai, aku rasa benda ni ngarut je. Siapa yang letak nilai sebegini gila? Ada ke tuhan kata nilai hantaran berdasarkan tinggi pendidikan atau kedudukan? Kalau ada bak mai tunjuk dekat aku. Setahu aku tak ada. Yang memandai-mandai adalah kita – manusia. Manusia memang suka menyusahkan diri sendiri. Bila dah ada halangan macam ni, maka tak hairanlah istilah ‘kahwin dah, nikah je belum’ diwujudkan. Itu sampai yang bersepah kes kena cekup.

“Minta tinggi-tinggi ni bukan apa, dapatla nak membantu pihak perempuan sikit dalam majlis kenduri kendara. Duit tu dapatla buat bayar khemah, katering, duit pelamin, etc. Takkan la itu pun nak berkira kut? Nak anak kita keluarla lebih sikit”

Aku rasa macam nak tumbuk muka bani meleis yang bagi hujah dangkal macam ni. Habis, untuk belah lelaki tak payah nak adakan kenduri ke? Kalau betul nak tolong, tolong fahami keadaan lelaki. Seolah-olah keadaannya macam pihak lelaki sediakan duit untuk persiapan. Kadang-kadang tu, si anak perempuan tak minta tinggi pun tapi mak ayah atau adik beradik yang lebih-lebih mencucuk. Ikutkan saja. Yang terkangkang at the end si lelaki gak sebab lepas kahwin garu kepala nak bayar loan. Anak dah masuk 5 tapi hutang tak habis lagi. Lebih sadis, baru kahwin setahun dah bercerai berai.

Sebenarnya, aku harapkan pada mak ayah si perempuan dekat luar sana tu, cuba la bersikap toleransi sikit. Kamu nak ada orang yang boleh dipercayai untuk jaga anak kamu sampai hingga ke akhir hayat. Nak tengok anak kamu bahagia dengan menantu kamu. Tapi at the same time letak hantaran macam jual anak. Boleh tenang dan bahagia ke macam tu? Buatlah ikut kemampuan. Buat apa nak menyusahkan diri dan orang lain. Dah elok-elok boleh suap makanan lalu depan, nak jugak pusing tangan tu lalu belakang kepala baru nak suap makanan. Manusia… Manusia… – terfaktab intellectual property.

# teringat aku satu quote dalam novel – berapa nilai hantaran itu terserah pada dirinya. Seringgit pun saya terima kalau itu yang termampu. Tapi sebagai seorang suami dia pasti tahu nilai yang sepatutnya – sort of macam gitu la.

p / s : Duit kawin gua tak cukup lagi. Gua kira-kira diizinkan oleh-Nya, akhir tahun depan dah boleh untuk tanggung anak orang. Itu pun kalau sudi nak hidup dengan gua. Ada sesiapa mahu?

Speak Your Mind

*