May 20, 2012

Earth Hour Di Malaysia & Persoalan Yang Wujud

Semalam 26 March jam 8.30 malam kita sekali lagi sambut Earth Hour dekat Malaysia. For the record for those yang tak perasan, this time the date aku rasa macam countdown compared with last 2 previous punya sambutan – 2009 on 28th March and 2010 on 27th March - cuma yang tak berubah adalah bulan. Mungkin sebab nak ensure sambutannya jatuh pada weekend atau lebih tepat Saturday.

We left that fact. Sekadar menambah ilmu lu orang saja. As usual like previous, maka kita penuh rasa tawaduk lagi berhemah akan bergelap untuk selama sejam sebagai tanda keprihatinan serta solidariti terhadap nasib bumi. Sejam, apa ada hal ye tak?

At the first place, aku memang menyokong. Benda baik apa salahnya kita sokong dan buat. Aku memang tak ada masalah dalam hal ni. Yang menjadi persoalan, apa yang akan terjadi lepas sejam until we meet and say hello for another 60 minutes for next year? Masih ada lagi sikap prihatin terhadap nasib bumi? Atau setakat macam ni je?

“Okla tu. Sekurang-kurangnya ada jugak la inisiatif dari kita sama-sama join untuk buat benda ni for our beloved earth”

Untuk menjawab hal ni, contoh terbaik macam malam tadi. Aku pergi reunion untuk kawan sekolah. Kita orang boleh melepak dekat kedai mamak start pukul 8.30. Aku tengok elok je mamak tu bukak kedai. Sikit pun tak ada niat nak tutup lampu. Siap sibuk tebar roti canai dan keletak keletung dekat dapur masak meggi goreng. Same goes with other shops. Eh, lancau apa ni sampai la aku bertanya dekat tokey kedai kenapa tak tutup lampu sempena Earth Hour.

“Apa barang tutup lampu untuk benda tak masuk akal ni. Kalau aku tutup rugi besar la. Tutup atau tak tetap sama bumi dah tercemar. Jadi berbaloi ke untuk tutup sejam yang menyebabkan aku rugi? Siapa nak bayar kerugian aku?”

Ok mamak, you’ve got your point and aku setuju dan membuatkan aku berfikir bahawa di sebalik menyambut Earth Hour, wujud ironik yang sebenarnya kita tak sedar. Bayangkan, kau sambut dengan tutup lampu bagai tapi at then end, kau tetap naik kereta untuk pergi kerja atau ke mana-mana. Buang sampah merata-rata. Kau korek sana, kau tebang sini. Apa jadahnya ni? Lebih celaka, sambutan ni dah jadi macam bandwagon. Dah jadi macam sambutan Valentine’s Day. Pergi bandar semata-mata untuk sambut dan tengok bandar gelap gulita untuk satu jam. Lebih parah boleh ramas dan cemolot mana yang patut dekat awek kau. Yela, tengah gelap gulita. Habis sejam, start enjin kereta balik untuk pergi clubbing. Ini bodoh namanya.

Serius, kalau betul kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terutamanya kerajaan, sepatutnya dah lama impliment green-technology ni. Kamon guys, kedudukan Malaysia sendiri dah diakui oleh negara lain sebagai sebuah negara yang totally boleh implement green-technology ni secara maksimum sebab berada di garisan Khatulistiwa – panas dan lembab sepanjang masa. Apa lagi nak? Panas yang sentiasa boleh generate tenaga solar. Hujan yang sentiasa turun kita boleh tampung air hujan tu untuk kegunaan harian. Tak payah nak kecoh dah pasal air percuma untuk 20 meter padu yang pertama. Kau pakai la air percuma yang dapat memang turun dari langit tu mencurah-curah without keluarkan duit sesen pun. Padan muka dengan Syabas.

Kalau benda ni susah nak implement, cuba la dulu dekat bangunan kerajaan. Aku pasti benda ni akan berjaya. Tak payah la kerajaan nak spend berjuta duit untuk bayar dekat TNB. Tenaga yang ada dekat TNB tu boleh buat standby atau jual je dekat negara lain. Bila benda ni dah berjaya i’m sure ramai rumah atau bangunan persendirian akan follow. Padan muka dengan TNB sama macam Syabas.

Dulu aku pernah terbaca yang DBKL nak start implement cara kota London untuk limitkan kenderaan masuk dalam bandar. Siapa nak masuk lu bayar dulu atas kadar pencemaran yang lu dah buat dekat KL. Fair enough aku rasa. Tapi sampai sekarang ni entah apa dah jadi dengan perancangan tu pun aku tak tau. Haram perkembangannya tah ke mana. Pak Najib pernah cakap. Ubah gaya hidup walaupun dia sendiri mungkin tak pernah cakap atau terlupa nak cakap dekat Big Mama.

Jadi bila nak ubah gaya, jangan naik kereta. Kereta tu buat kayakan lagi tokey minyak yang tiap-tiap tahun tak pernah nak turun harga minyak. Naik public transport. Tapi bila naik public transport pastikan public transport tu sangat efisien. Setiap 5-10 minit sekali ada bas. Mungkin benda ni boleh impliment slowly bila MRT dah mula beroperasi. Sekali lagi, padan muka dekat tokey minyak.

Bak kata Nami, kalau semua ni tak buat, kalau semua ni enggan nak buat, kalau semua ni malas nak buat, kalau semua ni susah nak buat, Earth Hour ni adalah cakap-cakap kotey. By the way sup kambing kau memang sedap la mamak bila aku makan tadi dalam keadaan kondisi aku yang memang lemau dan demam. Terasa kebah dan berpeluh aku bila makan tadi. Rest my case here.

Comments

  1. Sham Hardy says:

    sangat suka blogpost ini :)

  2. sokong!

  3. cik azeya says:

    cool lahh. hhaha

  4. samposmen says:

    pengalaman aku semalam

    drive 5 jam dari kl sampai alor star. sambil layan hot.fm dengan announcement akan berhenti operasi selama sejam. earth hour.

    sampai alor star. pusing town se-round. meriah siot. ada game bola dekat stadium. pusing-pusing lagi cahaya bergemerlapan sana sini. satu je aku perasan menara tabung haji bergelapan. haha.

Speak Your Mind

*