Korang suka makan? For sure-lah. Kalau ada yang kata tak suka, gua rasa mental lu ada masalah. Atau mungkin DNA chain korang dah attached dengan bendasing disebabkan evolusi. Lebih pelik mungkin lu memang bukan origin daripada bumi. Makhluk asing mungkin. Ye.. Saya tahu semua ni karut. Bohong.
Okla, kalau pun lu bukan golongan yang suka makan sekurang-kurangnya lu memang perlu makan untuk hidup. Betulkan? Mana ada benda bernyawa dalam dunia ni yang mampu hidup without food – kalau ada sila tunjuk dekat aku. Obor-obor yang takde otak pun ada mulut dan perlu makan, apatah lagi kita manusia. Same goes with ulat dalam batu pun perlu makan untuk hidup, kamu tahu?
Jadi hipotisisnya, gua yakin korang memang manusia normal dan perlu makan. Full stop.
Gua sebenarnya terdetik untuk menulis perkara ni lepas baca hasil idea daripada PencilBent – and i’m totally agreed with her writting. Pada gua memang betul, dapur kubu kebal bagi wanita dan kawasan larangan bagi lelaki.
“Wait. Hold on there... jadi kau setuju la yang typical Malaysian men especially Melayu should goyang kaki atau terbongkang depan kotak tv & tak perlu bantu isteri dekat dapur. Macam tu? Ini gila namanya.”
Tak. Gua bukan maksudkan macam tu. Bila gua kata macam ni, lu kena faham satu perkara. Here one thing. Lu pernah dengar bidalan setinggi mana belajar, ke dapur juga akhirnya. Pernah? Ini bidalan yang tepat. Perempuan perlu conquer dapur secara total. Dan perlu semat dalam kepala minda dengan berkata “dapur ini aku punya dan takleh sesapa pun rampas atau ceroboh dari aku”. Sebab tu bagi gua umur ideal anak perempuan masuk dapur untuk menolong adalah seawal umur 7 tahun. Kena latih atau galakkan. Takdenya jadi bebal mendak masuk dapur sejam dua untuk memasak. Jadi takkan ada alasan bangang kata tak reti masak tapi gatal mintak hantaran tinggi nak mampus. Kau ingat kau diva?
Macam BentPencil kata, dapur sepatutnya milik perempuan secara total. Sebabnya bila dapur dikawal dan dimilik perempuan, maka secara literalnya kome berjaya mengawal isi rumah dan ekonomi. Sebabnya kome yang tahu apa yang terbaik untuk disumbat ke dalam saluran esofagus dan dicernakan oleh jus pankres dalam perut anak serta laki kamu, ye idak? Ini bermakna kome dah berjaya mengawal dan memenangi hati suami. Udah dikhaborkannya orang dulu kala Yob ooi… – ambil hati suami adalah melalui masakan. Kome sume pernah dengarkan? Ha.. kan udah teman bercakap dalam loghat Perak. Fail lak tu. Haih.
Kenapa gua beria sangat stresskan hal ni?
Lu bagila Kentucky, Italianese, Secret Recipe, ikan bakar Sekinchan, Tupai-Tupai atau restoran yang direkemen dalam show JJCM. Sesedap mana rasa makanan yang ada dekat luar tu hatta sekalipun disediakan oleh chef paling agung dalam muka bumi, pada gua semua tu tak mampu nak celen masakan 2 orang ni. Masakannya.. Fuh! Gua bagi 10 fingers represent as a good sign. Tak cukup, 10 jari kaki lagi gua kasi angkat beb. Tanda sebagai mavellous. Ini cakap serius. Bukan main-main bhai.
2 orang tukang masak paling terbaik dalam dunia dengan lauk pauk yang dimasak gerenti membuatkan lu menjilat tengkuk orang sebelah atau mak mertua lalu pun tak nampak, yang gua maksudkan adalah masakkan daripada air tangan ibu dan isteri sendiri. Suatu kepastian. Memang takde keraguan dah. Tiada yang benar melainkan semata-mata benar.
Kenapa gua kata macam ni? Sebab 2 orang ni dah tentu orang yang lebih arif tentang selera lu. Apa yang lu nak. Apa boleh buat lu terbuka selera bila tengah sakit, lauk apa yang boleh buat lu melantak 3-4 periuk sekali hadap. Nampak tak rasionalnya? In-fact, air tangan ni akan kekal sepanjang hidup lu selagi diaorang panjang umur atau lu belum meninggal. Trust me, sekerap mana atau serajin manala korang makan dekat luar tu, alih-alih korang akan mengagau macam orang sewel cari air tangan 2 orang ni sebab dah jemu makan makanan kat luar.
Dan perempuan janganla bodoh sombong sangat untuk tanya atau belajar daripada mak mertua apa makanan yang laki kamu suka. Boleh?
Berbalik kepada isu lelaki tak perlu masuk dapur;
Gua lelaki jadi gua menyeru la lelaki out there, tolongla buang ego. Buang ego lu yang tak seberapa untuk tolong isteri lu dekat dapur if they need helps. Kalau pun bila bini lu halau lu dari kubu kebal dia bila cuba nak menolong, atleast you can do something else. Mungkin kemas rumah perhaps? Atau pun cuci pinggan lepas makan. Atau lu boleh tunjukkan skil masak bila bini lu kerja balik lambat. Nescaya bini lu akan senyum senantiasa macam Joker ataupun macam lepas kena suntik Botox.
Cabaran Uncan & Nancan eh bukan, cabaran utama bagi perempuan pada aku bila dapat dan berhadapan suami yang handal memasak. Ini bukan konteks reti masak meggi, goreng telur atau nasi goreng je ye.. Jadi untuk puaskan hati lelaki aku rasa lu kena tujuh lapan belas ratus lebih handal hari suami. Nak-nak laki macam Gordon Ramsey atau Chef Wan.
Bottom line is, rajinkan la diri untuk belajar masak and memasak dekat dapur. Lelaki ni bukannya suka sangat makan dekat luar. Kalau meggi pun mampu kau masak, kitaorang sebat je. Enuff said.
p / s : Ah sial! Bila bercakap perkara ni, tiba-tiba gua teringat & teringin nak makan makaroni sup daging, ikan bawal masak sambal, sayur campur cendawan butang, telur goreng, nasi goreng and most important – meggi ayam kosong yang sangat simple – air tangan someone’s yang berasal dari Taiping. Rindu sangat sey. Sigh.
