February 22, 2012

Misi Bagi Tahun 2012

Akhirnya kita sudah di penghujung tahun dua puluh sebelas. In few hours, kanvas dua puluh sebelas yang lusuh dipenuhi contengan warna kehidupan sepanjang tiga ratus enam puluh lima hari – dua puluh empat jam – ditatap sebentar, dilipat kemudiannya disimpan rapi (ada kemungkinan tidak akan dikenang kembali) dan diganti dengan kanvas baru yang siap siaga untuk diwarnai berserta azam baru bagi dua puluh dua belas.

Bila ada orang bertanya pada aku tentang misi (lebih gemar menyebut misi dari azam kerana ianya lebih konkrit dan berobjektif) dua puluh dua belas, minda aku tersentak dari lena yang panjang merenung dalam apa yang sudah aku lakukan dan bakal hadapi untuk tempoh dua belas bulan dari sekarang.

Konklusi yang aku boleh katakan;

Misi dua puluh sebelas hampir tercapai sebenarnya, kerja stabil sudah diperolehi walaupun lewat dari sasaran. Kondisi mental dan fizikal aku sudah beransur kembali seperti dijaman persekolahan. Ada antaranya gagal untuk aku capai. Untuk dipenuhi. Aku gagal untuk melangsungkan perkahwinan hinggakan entri ini diwujudkan. Dan hubungan itu.. aku tak pasti masih wujud atau tidak. Yang pasti simpanan untuk majlis perkahwinan tetap disimpan – dan aku masih lagi berharap. Ya tuhan.. sesungguhnya aku terlalu rindukan dirinya.

Namun, kekecewaan itu perlahan-lahan dibaluti dengan membantu beban keluarga. Lebih tepat membantu ibu dan adik dari segi tenaga, masa dan kewangan. Bukanlah sebelum ini tidak dibantu tetapi kini perhatian lebih tertumpu pada keluarga. Dan aku lega segalanya semakin mudah untuk mereka berdua walau apa yang aku berikan tidaklah seberapa. Biarlah aku berkorban kalau ini mampu memberi kegembiraan pada mereka. Dan aku tersenyum puas andai dapat melihat segaris senyuman dan helai tawa dari mereka terutamanya ibu.

Misi dua puluh dua belas. Aku mahu menetapkan satu misi untuk menjadi orang yang berjaya. Berjaya dari segi luar dan dalaman. Tidak keterlaluan kalau aku katakan aku ingin mempunyai harta berkoyan-koyan. Kalau tidak pun, cukup mampu memberi kesenangan kepada keluarga dan diri sendiri. Menaiktaraf kebendaan yang kini sekadar motor cabuk Suzuki SS110 Sports kepada memiliki rumah dan kereta sendiri. Utamanya, tidak perlu ibuku berkerja di taska lagi. Cukup waktu kini untuk dirinya berehat.

Jika semua ini gagal untuk dipenuhi dan sukar untuk dilunaskan kerana kedengaran mustahil, misi ini akan dipanjangkan ke dua puluh tiga belas. Andai nafas dan nadi ini belum terhenti untuk dipanggil Ilahi. Ya!

Aku sememangnya orang yang gemar bermimpi. Dan dalam ruang dimensi khayalan yang aku bina, aku ingin mengecap kemenangan. Menjadi pemenang. Tetapi, kemenangan dituntut ada harganya iaitu biarlah pada situasi yang realistik. Biarlah mampu digapai dengan akal dan kudrat yang ada yang dipinjamkan-Nya.

Selebihnya, aku ingin melihat blog ini terus berkembang dan menjadi magnet yang mampu menarik audiens untuk membuang masa membaca nukilanku yang tidak seberapa. Seterusnya mampu untuk membuatkan diri kamu mem-bookmarks untuk terus ternanti entri terkini setiap 2 hari sebagai bahan bacaan alternatif seperti blog fames yang lain di alam maya. Ok, boleh pergi meninggal dengan harapan ini.

By the way, kekononnya malam ni nak countdown dekat mana? Jangan seronok sangatla nak sambut.. ini semua dakyah Iluminati dan Freemason yang ingin menyesatkan akidah korang untuk terpesong dari ajaran Islam yang suci murni. Seperti mana haromnya sambutan VDay atau Cristmas wish, sambutan tahun baru juga harom disambut kerana menyamai ajaran dijaman pagan. Jangan tak tahu plak. Aku dah bagi warning ni. Solusinya, dengar ceramah Ustaz Idrus lagi baik. Keh keh.



Other Posts You Might Interest:

Speak Your Mind

*