February 22, 2012

Padang Bola Sepak Kelana Jaya

Aku tahu ini isu lapuk. Dah boleh dikatakan basi. Tapi takpelah.. Aku tetap mahu menulis. Sekadar mahu memuaskan hati sendiri. Aku pernah diajukan soalan berkenaan isu padang bola sepak Kelana Jaya. Dan bila aku beri pandangan, seboleh-bolehnya aku tak nak kaitkan dengan politik. Sekadar cetusan idea dan minda yang lahir dari pandangan warga marhean yang cintakan sukan – pernah serta masih lagi aktif dalam sukan.

Kenapa aku kata macam ni? Sebabnya mudah. Politik itu busuk. Apatah lagi dengan senario politik Malaysia. Baik pada kerajaan mahupun opposition, ianya sebusuk tahi di loji kumbahan najis. Siapa kata politik itu wangi? Ya! Wangi bagi kroni mahupun pihak yang memiliki kepentingan peribadi. Harumnya seperti perfume yang dijual di pasar malam atau tepi jalan. Bertahan cukup sekadar 2-3 jam. Selebihnya dibuang ke dalam longkang. My political stand – i’m not in any parties. As simple as that.

Aku bukanlah keyboard warrior dan berikut jawapan aku bagi menjawab isu ini;

Aku bukan seorang anti-kemodenan. Jauh sekali menolak pembangunan atas alasan kemajuan yang dikecapi memberi bencana kepada manusia sejagat. Bukan. Aku akui dengan teknologi, kita semakin maju. Serba serbi menjadi mudah. Tak perlulah untuk aku terangkan panjang lebar. Mika semua bijak pandai ye idak? Apa yang aku harapkan bila kita semakin maju, intelek warganya juga berkembang seiring kemajuan. Bukannya masih lagi ditakuk lama atau semakin bebal. Jika ini masih berlaku, aku tak hairan kalau tahun 2020 negara kita masih gagal untuk menjadi negara maju. Jangan jadi seperti filem Idiocracy.

Aku juga tak ambil kisah kalau ada pihak yang bersungguh mencari kekayaan. Mengejar kemewahan. Ingin bergelar jutawan. Kerana mencari kekayaan itu bukannya berdosa – kata Deng Xiaoping. Lantak hangpa la apa nak jadi. Tapi kalau aktiviti mengembungkan poket golongan berkolar putih mahupun kapitalis sampai menjejaskan kehendak manusia untuk beriadah mahupun bersukan, pada gua ini tak betul. Ini harus ditentang. Apatah lagi pada kawasan sekitarnya seperti diketahui dah tak wujud padang bola selain yang satu ini. Habis dijarah oleh pemaju.

Secara peribadi, tindakan pemaju hartanah yang rakus tak reti bahasa lagi bebal merompak hak milik awam secara sewenang sepatutnya tak berlaku. Banyak lagi kawasan lain yang boleh dimajukan, tapi kenapa tanah sekangkang kera ni gak yang dipilih? Atas justifikasi apa tanah ini untuk dimajukan sedangkan bersebelahan dengan highway yang sedia maklum memang sibuk. Kalau benar memperjuangkan atas nama kemajuan kenapa tidak dimajukan kawasan pendalaman untuk memberi faedah kepada golongan berkaitan? Tidak komersialkah tanah di Ijok, Sabak Bernam, Bukit Beruntung atau di Sabah dan Sarawak? Cukup-cukuplah kes tanah FAS dijual kepada pemaju atas dasar untuk menampung tabung persatuan yang sudah kering kontang – kini tersergam indah bangunan Giant seberang highway nun.

Jangan lupa padang Kelana Jaya adalah padang lajen.

Tak keterlaluan sama tarafnya seperti Stadium Merdeka. Padang keramat yang melahirkan ramai pemain bolasepak terkenal termasuk arwah Supermokh. Antara padang yang meletakkan negara menjadi antara pasukan yang digeruni di Asia. Jauh lebih hebat dari Jepun dan Korea dari segi ranking pada masa dulu. Sama ada diaorang (baca pemaju) tahu atau sengaja tak nak ambil tahu, itu aku tak ambil peduli. Bukan macam sekarang. Jahanam. Ranking dah makin tak nampak 2 angka. Tapi bila baru menang 3 kejohanan dah berkepuk dapat habuan. Dijulang kata kembali era kegemilangan. Kepala bana dia.

Ada satu perkara yang aku tak faham tentang senario di Malaysia.

Bila sesuatu dasar itu dilaksanakan oleh gahmen, seolah-olah ada suatu arus atau gelombang yang cuba menidakkan dasar itu berjaya sama ada secara sedar, tidak sedar, terancang atau tidak disengajakan. Sebagai perbandingan aku bagi contoh mudah. Kempen membaca buku. Kempen ini bagus untuk menyemai minat membaca. Ironinya bahan bacaan yang dijual ya rabbi ya maulana.. mahal nak mampus. Same goes with projek perumahan. Dulu haram jadah nak ada padang permainan. Lepas gahmen buat rules, maka adala taman permainan – itu pun pada kadar luas seminimum mungkin yang tertakluk dalam undang-undang. Lancau apa nih?

Aku yakin, ada kalangan korang pernah beraktiviti dekat tanah lapang – bukan diwartakan padang bola – dekat kawasan perumahan korang. Sekali lagi aku yakin korang pernah rasa macam celaka dan nak rabel bila tahu tanah lapang yang korang guna pakai salama ni untuk menunjuk skil dengan riak, belajar mengurat, main konda-kondi atau baling selipar secara tiba-tiba kena tutup sebab kena rembat dengan pemaju.

Natijah – datang perasan malas untuk bersukan.

Tolak tepi kewujudan dan ke-obses-an teknologi – iPad, internet, Facebook, Playstation etc. Aku tak salahkan generasi muda sekarang kalau mereka semakin malas untuk mengeluarkan keringat. Aku tak hairan kalau ada anak-anak muda kini lembik, cengeng mahupun tidak gemar untuk bersukan. Apatah lagi mengidap penyakit obesiti. Pokok utamanya tiada padang untuk beraktiviti. Tiada ruang untuk mereka bersosial secara sihat dan nyata.

Even though sekarang ni aku dapat lihat subjek pendidikan jasmani dekat sekolah seolah-olah dah tak releven. Student ralat nak mampus untuk bersukan berbanding bebudak dijaman dahulu. Lebih gemar sekadar duduk dekat pavilion atau dalam kelas sambil tenyeh BB. Hari sukan dah tak payah nak cakapla. Eh.. masih wujud lagi ke Hari Sukan Sekolah dengan Rumah Hijau, Biru, Kuning, Merah? Konek apa nak ada temasya ni kalau sekolah sendiri tak ada padang – ini kes untuk sekolah baru yang dibina tengah-tengah kepesatan pembangunan. Again, what gahmen planned jeopardise by itself. Satu sukan untuk satu pelajar konon. Puih!

Apa yang aku harapkan bukanlah sesuatu yang ekstrem. Tidaklah terlalu radikal rasanya. Harapan aku supaya ada satu kawasan hijau wujud atau dikekalkan ditengah-tengah kepesatan metropolitan supaya golongan marhean mampu untuk beriadah atau bersukan. Seperti mana wujudnya Hyde Park di London mahupun Centre Park di New York. Sebab mereka tahu, ada perkara yang tidak mampu untuk dibeli dengan kekayaan. Kadangkala aku khuatir kalau-kalau Taman Tasik Titiwangsa – now known as Tasik Perdana - itu akan lenyap dihimpit asakan serta kerakusan pemaju merompak tanah awam.

Kepada komrad-komrad yang kini berjuang untuk mempertahankan padang tersebut, aku ucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya. By the way, pandai sungguh korang pilih masa untuk bertindak eh? Lagi-lagi nak dekat PRU13. Aku cuma nak tengok macam mana Pakatan Rakyat nak solve this issue & UMNO to take an advantages sebagai modal untuk bantai PR. Rest my case. 



Other Posts You Might Interest:

Speak Your Mind

*