February 22, 2012

Perkara Menjengkelkan Di Pusat Asuhan Kanak-kanak

Gua punya rage meter dah sampai tahap maksimum dan perlu distabilkan supaya kondisi gua masih lagi dalam sihat walafiat. Tak sihat untuk simpan lama-lama tahu. Macam mana korang menahan berak, kencing atau kentut untuk jangka masa yang lama, macam tula rasanya. Tak selesa dan menyeksakan. Oleh itu, izinkan gua nak rage. Tak suka, you straight turn left and go die. Atau halakan cursor kamu ke hujung kanan tetingkap dan tekan pangkah.

Kali ni gua nak cerita pasal nursery – taska atau pusat jagaan kanak-kanak – kata orang melayu-lah. Sebenarnya apa yang gua nak ceritakan bukan directly kena pada gua, tapi dari mulut ibu gua mengenai masalah dekat tempat kerjanya. You mess with my mom, you mess with me too. Got it?

Taska ibu gua ni attached sekali dengan tadika. Tak tahulah pada korang tapi pada gua memang murah – area kajang & putrajaya. Baby umur sehari sampai 2 tahun setengah, RM205 sebulan. Untuk bebudak, RM165 – siap belajar dekat tadika plus makan 3 kali dan duduk dekat nursery. Oh! Sebelum gua lupa, taska and tadika ni sesuai untuk golongan serbanistas sebab namanya Tadika Pasti. Ala, tadika bercirikan islamik. Ah, sudah! Gua terbuat promosi amal lak.

Ok, sambung balik. Bila telinga gua dah selalu sangat disumbatkan dengan cerita kurang enak, wujud rasa jengkel dalam diri. Gua dianugerahkan akal. Bila dah ada akal, gua perlu lihat dengan mata kepala sendiri untuk verify kesohihan cerita ibu gua. Gua tak boleh terima bulat-bulat apa yang ibu gua cakapkan, mana tahu ibu gua setakat sembang pari je. Siapa tahu, ye tak? Tapi gua yakin, ibu gua tak menipu. Cuma anak dia je yang jadi kaki gebang.

Jadi gua putuskan untuk lepak dekat nursery sehari dan ternyata mood gua secara spontan dengan mudah ke mode jengkel di waktu pagi dan terus shift gear to rage mode bila waktu petang sampai taska tutup. Memang gua sumpah seranah dalam hati. Celaka.

Gua nak tujukan pada para ibu dan ayah moden dekat luar sana yang berkerja and sending your child dekat taska. Eh, apa bangang gua ni? Kalau nursery dah tentu la berkahwin dan ada anak. Bila mak bapak budak hantar anak, perkara pertama buat gua jengkel bila diaorang ni telefon penjaga taska (ibu gua and kawan dia) untuk datang awal – seawal 6.30 pagi. Kalau sesekali sebab hal mustahak, boleh faham and tolerate. Tapi kalau dah setiap hari lu nak macam ni, wadefak sial.

Gua rasa masa mula-mula nak daftar anak, ibu gua dah brief dekat lu yang taska bukak pukul 7 kan? Seyakin gua, ibu gua terangkan dalam bahasa yang korang faham – bahasa melayu – dan gua pasti yang korang bukan golongan yang bebal untuk faham dengan apa yang ibu gua terangkan. Sebab malas nak bertinju dengan mak bapak, ibu gua dengan rela hati bertolak ansur, sekarang ni diaorang bukak taska pukul 6.40. Ini pun korang nak minta awalkan lagi. Alasan standard, takut sangkut dalam traffic jammed. Abah lu! Dah bagi ruang, lu pijak kepala lagi. Ingat diaorang ni dah tak ada keluarga untuk diuruskan selain nak uruskan anak lu je?

Hantar awal dah satu hal tapi biasanya anak yang korang drop by tu macam celaka keadaan. Ok, gua faham pagi-pagi anak lu memang liat nak bangun pagi. Ada tu penuh dengan tahi mata. Air liur basi takyah cakap la. Tapi tolong la weh, kalau korang malas taknak ganti baju pun sekurang-kurangnya gantila pampers anak tu. Serius gua cakap. Gua tengok, ada bebudak yang datang dengan bau hamis. Bau hancing kencing tak payah cakap – pampers dah penuh takleh nak absorb. Ada lebih bangsat tahi kering melekat dengan bontot. Baby dengan budak, sama je. Haram jadah.

Usually bila waktu balik, memang akan ada antara korang yang balik lambat. Fine. Tapi ada yang ambik anak korang tu dah la lewat, bila ditanya jawapannya dengan muka selamba pergi shopping, pasar atau makan dulu. Phuih! Terasa laju je nak meng-kompang muka orang yang terdekat dalam radius 15 meter dengan diri. Memang baik punya korang amik kesempatan ye? Kamon la weh. Fikirla tentang orang lain. Orang lain pun ada kehidupan. Orang lain pun ada hak masa yang perlu diuruskan. Janganla nak lepaskan diri sendiri je, boleh? Kau amikla anak dulu, pastu nak shopping ke, nak terjun longkang ke, nak memantat ke, buat la. Benda ni kadang-kadang berlaku gak bila masa puasa. Jengkel tahu.

Mungkin akan ada korang akan kata, korang ada hak sebab korang dah bayar untuk servis yang ditawarkan. Yup! Lu betul tapi lu lupa satu perkara. Lu kena ingat, mengurus dan membesarkan anak adalah tanggungjawab hakiki korang. Pengasuh ni sekadar membantu dan bukan secara total lu buat macam hamba abdi atau orang gaji untuk uruskan anak lu yang perangai macam celaka, mengerti? Bila pengasuh minta bayaran extra sebab ambil lewat atau kena datang awal, korang boleh buat muka babi lak.

Gua bercakap ni bukanlah sebab semata-mata untuk defence dan kesiankan ibu gua. Tapi gua bercakap atas dasar mewakili semua pusat asuhan. Dan gua rasa mereka pun akan bersependapat dengan gua. Fikir dan tengokla balik samada apa yang gua kata ni ada betulnya atau tak. Don’t easy point your fingers at nursery je kalau ada apa-apa jadi dekat anak lu orang sebab bukan anak lu sorang je yang diaorang nak kena tengok. I rest my case here.



Other Posts You Might Interest:

Speak Your Mind

*