May 20, 2012

Perkara Normal Dilakukan Semasa & Selepas Raya

Salam lebaran buat semua. Salam kemaafan dan keampunan dari saya kepada mereka yang terguris hati terutamanya kepada mereka yang selalu jenguk blog ni tapi tak berupdate dengan entri terkini, mereka yang butthurt sebab komen kena delete mahupun mereka yang menyampah dengan hasil tulisan saya. Ya, memang saya sedar bahawasanya saya tidak berbakat dalam penulisan. Itu saya akui.

Raya kali ni special sikit sebab disambut sekali dengan kemerdekaan negara ke-54. Pada sesiapa yang tengok Hati Malaya dekat Astro hari tu, harap tak ada kejadian TV LCD Samsung 42″ pecah sebab terbaling remote control. Semuanya gara-gara tak puas hati sebab sejarah yang salah ditulis. Sejarah yang sebenarnya perlu ditulis dengan komunis sebagai pejuang negara dan bukan sebaliknya seperti didakwa oleh Mat Sabu. Ini aku malas nak cerita sebab Mat Sabu claim, dia dah lupa apa yang dia cakap. Apatah lagi aku yang dah lupa subjek sejarah yang aku belajar masa tingkatan 4 & 5. Kalau minggu lepas punya ceramah boleh lupa apa dia cakap, jadi apa yang aku boleh ingat untuk 10 tahun sudah punya perkara? Jadi ada adil dan saksama disitu. Are we cool with that? Ok.

Lupakan berkenaan tu. Apa yang aku nak surahkan adalah aktiviti yang biasa berlaku semasa dan selepas raya. Bila dah raya ni, nafsu makan memang macam kerbau. Memang tak dapat kawal. Habis segala makanan nak disumbat. Masa ni function of neo-cortex in brain partially paralyze. Ziarah menziarah menjadi rutin. Rumah terbuka tak payah cakap. Itu tak termasuk majlis raya dekat ofis. Makanan tipikal sempena raya memang tersedia. Masa sebulan ni, duit poket memang jimat. Rasa lapar serbu rumah orang.

Benda ni memang pernah kawan aku amalkan. Batabarut sungguh perangai. Tak tahu la dah kerja ni perangai celaka ni still wujud lagi atau tidak. Sebulan makan free beb! Siapa tak nak ye tak? Bila dah banyak tempat pergi dalam masa sehari, perut naik kembung. Tapi kena la makan gak bila tuan rumah jemput makan. Takkan nak tolak atau kata tak nak. Bila tuan rumah dah kecil hati, itu biadap kamu tahu. Bani Melayu kaya dengan adab dan santunnya. Jadi makanlah walau sedar perut anytime boleh burst kalau ada geseran kecil.

In other word in simple maths, makan banyak dibahagikan dengan kurang senaman, maka berkadar teruslah kegemukkan. Got it? Bila dah jadi macam ni maka kerap sangatla cermin tu jadi rakan karib dan kadang-kadang akan merasakan diri macam permaisuri jahat dalam story tale Snow White yang perasan dirinya yang paling hot but this time in other version. For those who not realize yourself already fat will butthurt macam Saiful Bukhari bila sambadeh tegur…

“Apsal pipi aku makin gebu? Ah! Sial la.. mesti kesan makan banyak masa 3 raya hari tu”
“Padan muka kau! Kan dah tak boleh nak pakai seluar baru beli. Makan lagi macam khinzir”
“OMG! Aku kena stop makan. Perut dah mcm orang ngandung 3 bulan”
“Pffft! Berat dah naik 7kg dalam seminggu! Jgn lak si Akmal buat hal bila aku camni sudah”
“Urghh!! NOO! Aku tak nak kehilangan ke-hotchick-an aku. Need to do something. Damn!”

Bila dah jadi macam ni dan ada kesedaran, baru nak bersenam. Paling koman pun akan surfing dengan keyword ‘how to lose a 15kg in 3 days’ Pada yang malas dan memang tak suka bersenam – diet memang jadi pilihan kalbu. Biasanya yang berdiet ni akan menggunakan pendekatan berpuasa. Puasa enam dapat pahala sunat, kata pada diri sendiri untuk menyedapkan hati. Mula menyesal dan bertaubat nasoha siap ada pasang niat tahun depan punya raya tak nak makan banyak. Yeah! Azam your ass! Tapi sebenarnya semua ni ayat orang pemalas. Pemalas nak bersenam. Tapi bila cerita bab berdiet atau puasa ni, ada maksud lain. Ini semua sebab duit dah banyak hangus untuk melaram sakan sempena raya.

Let’s do a simple math. 1 family yang ada 2 anak, peruntukan setiap seorang untuk pakaian sahaja RM200. Untuk pakaian, dah lebur RM800. Itu tak masuk lagi kuih, langsir, kasut, duit raya, duit untuk mak ayah, duit minyak dan tol, etc. Itu sekurang-kurangnya. Dapat bonus RM500 dari Pak Najib pun still tak cukup siap kena top-up RM300. Tahu yang kena jimat cermat tapi atas tagline ‘raya setahun sekali, tak apa’, maka berpuasa la kamu seperti mana diwajibkan kepada umat yang terdahulu sebab terasa diri aku berasa rugi untuk berbulan-bulan yang akan datang. Masa ni mula la mencari tin biskut. Serdak pun layan. Tabung ayam pun bantai kasi pecah. Silap-silap duit raya anak buat kasi rolling untuk survive.

Am i right or wrong, its up to you. Tapi rasanya ada banyak lagi kut. Malas nak fikir dah. Rasa nak kongsi perkara normal yang berlaku, meh komen dekat bawah.

Speak Your Mind

*