Kadang-kadang aku terfikir bila tengok suasana persekitaran. Cuma tak luahkan dalam bentuk entri. Tapi kali ni kewajaran untuk terjemahkan dalam bentuk penulisan memang perlu. Perlu dikongsi bersama. Perlu difahami, difikirkan untuk menyedarkan diri kita bersama. Jadi gua nak heret lu orang sekali dalam permasalahan ni. Mana boleh pendam sorang je bai.
Kadang-kadang banyak benda yang berlaku dekat Malaysia aku tengok dekat tempat lain tak ada la weirdo sangat tapi bila perilaku ni di praktikkan di Malaysia, ianya memang menjadi pelik pada pandangan mata orang lain dan mula making a story. Menjadi sesuatu yang hamjad pada pandangan kau pada golongan macam ni terutamanya Melies.
Pertamanya bila naik public transport especially komuter atau LRT – senang cerita. Sedang seronok kamu duduk sekali dekat station yang baru berhenti ada penumpang yang masuk. Orang tua, OKU atau pun seorang perempuan yang tengah mengandung dengan anak kecil. Jadi atas rasa tanggungjawab, dengan selamba kamu bagi tempat duduk untuk golongan ni. Orang akan tengok semacam atau pelik dengan perbuatan kita.
Secondly situasi dekat restoran KFC atau McD. Habis je makan, kau angkat tray kemudian buang semua sampah dalam tong sampah kemudian kau letak tray dekat tempat tray. Orang sekeliling akan pandang pelik dengan kau. Termasukla kawan-kawan kau kalau kau makan dengan dia orang. Sumpah ada yang akan ting-tong atau mulut ternganga. Same goes bila lepas balik dari shopping dekat Tesco dengan barang berkoyan dalam troli. Got what i mean? Itu belum masuk kes kereta besar atau mewah dengan selamba parking dekat tempat khas untuk OKU.
Another things yang menjadikan Malaysia ni pelik bila kita maki atau tunjuk middle finger dekat orang yang bawa kereta perlahan dekat jalan satu lorong atau dekat simpang walhal orang yang bawa kereta tu tengah belajar kereta. Terang-terang kereta yang mamat atau minah tu bawa kereta putih kancil bertampal L der. Apa yang kau nak harapkan dengan orang macam ni? Siapa yang lebih bodoh sebenarnya?
Nak tambah pelik lagi bila ramai antara kita suka benar hantar email and sms especially yang berbentuk berantai dengan dimomokkan dengan alasan keagamaan katanya kalau tak disebarkan akan ditimpa kecelakaan. Bebal apa macam ni. Benda macam ni bila masuk dalam email, memang jawapannya tick and delete terus tanpa membaca. Belum kekalutan dalam berkenaan fatwa. Negeri ni kata haram, negeri lain kata tak haram atau masih pening lagi nak letakkan hukum; contoh terbaik berkenaan tarian poco-poco.
Lebih bertambah manis kepelikkan itu bila tentang skandal seks yang terlibat dari pihak kau, bermatian-matian kau nak tangkap dan sumbat dalam penjara orang yang dedahkan video tu sebab menjatuhkan maruah dan kesalahan memfitnah tapi bila yang berkenaan hal yag sama terjadi pada opponent kau, dengan selamba kau kata tak apa dan tak perlu untuk dipenjarakan sebab alasannya tujuan pendedahan.
Seorang perdana menteri sibuk berhujah serta bercerita dan memupuk semangat setiakawan diantara bangsa lain memandangkan hidup di dalam negara berbilang bangsa tapi bila di dalam ucapan dasar parti, sibuk bertempik dengan hujah untuk pertahankan bangsa serta ketuanannya di mata rakyat. Sama juga dengan menteri yang sibuk bercerita tentang kempen menggunakan barangan tempatan tapi dan habis berhujah dengan selamba naik kereta buatan luar negara sebab kereta tempatan tak ada kelas.
Dalam hal perubatan lak, asal mana kita dengar ada bomoh atau tempat yang kita dengar paling best serta memang mujarab dalam teknik perubatan serta jampinya, memang dekat situ la berduyun-duyun kita akan pergi. Dah tak fikir panjang dah. Islam tinggal nama dan tolak tepi. Cakap bomoh lagi handal dari segala bidang. Itu belum masuk lagi berkenaan ada mata air yang wujud tah mana lokasi katanya mujarab, bertong-tong la akan ada orang beratur nak ambil airnya.
Setakat ni je la aku nak menulis. Ikutkan banyak lagi sebenarnya tapi ini je yang terlintas dalam kepala aku. Mana-mana yang kamu nak tambah, sila la tambah dengan komen dekat bawah. Pandangan kamu sangat dialu-alukan. Credits goes to mantot.

Wey ads factor tue apa?
@AmenoWorld
sama je macam nuffnang, innity and adverlets. cuma aku tak mampu nak meets innity requirement tu yang pasang ads factor.
Menarik2.. teringat lecturer aku citer kat oversea dah benda biasa makan kat mcD contohnya, lepas makan buang sampah lepas tu simpan tray. Budaya tu tak sampai lagi kat sini..
Ni ade satu, hari2 tgk kat tv..negara2 islam dihancurkan..
tapi kite kat sini pulak nak hancurkan negara sendiri..
ni lagi pelik!!kan?
@Encik Ketam
manner and attitude tu belum ada lagi
@zeeleey
nice one! you’ve got point there!
sebenarnya malaysia nie msih lemah dan bnyak ketinggalan..